Aku Mahu Menulis

hati memberontak mahu menulis tapi kemalasan menyekat segalanya. idea mencurah-curah tapi sayang dibiar mengalir tanpa sebarang catatan. buah fikiran yang ada kalanya ibarat permata sering dibiar begitu sahaja. sia-sia tanpa usaha.

kejayaan hanya akan digapai jika kita mula untuk menarik kejayaan. ya menarik kejayaan bukan mengejar. nak tahu sebab apa? sebab kalau kita kejar kejayaan, maka kejayaan itu akan lari dari kita. manakala jika kita tarik kejayaan, maka kejayaan itu akan datang dekat dengan kita sedikit demi sedikit.

untuk menarik kejayaan ini tidaklah sesukar mana. dah ramai orang yang berjaya di luar sana yang kita boleh jadikan sebagai sumber inspirasi. hidup seperti mana mereka hidup.tiru dan contohi mereka. namun perlu diingat, nak ikut cara mereka bukan ikut ketika mana mereka sudah berjaya, tetapi perlu ditiru bagaimana saat mereka mula membina empayar. tiru dari mula. apa yang penting adalah kita tajdid niat agar tidak lari dari perintah yang maha esa.

aku mahu menulis. tilis apa yang aku mampu untuk bantu mereka yang kurang mampu. kongsi apa yang aku ada untuk bina kejayaan bersama. apa guna ilmu andai disimpan penuh debu. lebih baik disebarkan menjadi pahala berterusan. moga diberi kekuatan untuk terus menyampaikan. aku mahu menulis.

 

syaiful azmi
bukit mahkota

dah sebulan dah

sebenarnya dah sebulan lebih dah aku tak menulis di sini. bukan malas, tetapi kekangan yang ada membuatkn hajatku tergendala.

idea mencurah-curah banyak tetapi kali ini, aku masih keliru tajuk mana yang perlu aku utamakan. lantas aku mengambil keputusan untuk hanya menulis sesuatu yang ringan dan santai sekadar berkongsi kegembiraan.

minatku untuk menulis sebelum ini banyak tersekat dek kekurangan peralatan. laptopku sebelum ini bagai hidup segan mati tak mahu. wifi pula, err… tak mahu komen panjang. pengguna magic sim je thu bagai mana siksa menanti detik jam 1 pagi dan biasanya waktu itu kalau bisa aku menunggu, kepalaku mula buntu. jariku beku mustahil untuk aku mencoretkan sesuatu yang bermutu.

kini, aku punyai laptop yang baharu. terima kasih mama yang sanggup mengeluarkan duit simpanan untuk membelikan laptop ini sebagai hadiah. dah lama sebenarnya angah nak laptop ni tapi apakan daya, segan dehh nak minta.

selepas memliki laptop, kebanyakan manusia yang normal pasti akan berasa gembira kan. tetapi aku rasa aku ni kurang normal. kegembiraanku diselubungi rasa serba salah.

memanglah aku tak buat salah dan tak perlu rasa bersalah. aku tak curi pun laptop ni. aku beli dengan duit yang mama bagi. tu sebenarnya buat aku rasa serba salah.

mama bagi aku duit beli laptop, mama makan apa ea kat rumah? takkan makan telur masak kicap hari-hari.

mama bagi duit ni sewa rumah dah bayar ke? duit api air???

yang buat aku paling rasa serba salah adalah bila mama cakap mama habiskan duit simpanan dan terpaksa tangguhkan niat untuk membeli Njoi. kesian adik-adik aku kat rumah kan. hari-hari tengok tv sauran sama je.

laptop baru, azam baru dan azam itu biar aku sorang yang tahu. mudah-mudahan dengan kemudahan ini membuatkan aku lebih maju.

akhir kalam, terima kasih mama dan sayang mama sangat-sangat. muhhhh

kan best kalau passing usrah macam passing bola

dari pagi tadi aku dah dapat idea nak tulis artikal tarbiyah ni tapi dah nak senja baru dapat kekuatan untuk aku terus coretkan. ini pun tak tahu bila nak siap. ye lah, nak tulis artikal yang menyentuh dakwah dan tarbiyah ni kena berhati-hati. silap ayat, mati aku kena pancung.

kali ni aku nak cerita pengalaman aku sepanjang kenal dan mendalami satu organisasi yang menawarkan pakej dakwah dan tarbiyah. tak perlu kot aku sebut jemaah mana supaya semua ahli jemaah lain boleh baca dan boleh terima pandangan aku ni. tak nak lah melahirkan satu puak yang taksub dengan jemaah sampai tak nak mengaku salah. islam ni satu je. jemaah lain-lain pun syahadah tetap sama.

dalam organisasi kami ini, sekali korang isi borang, keahliah seumur hidup beb. tak kisah mana ceruk korang lari, kalau kawasan tu ada jemaah ni, insyaallah korang akan dicari. jangan terkejut kalau terima tetegram dari orang yang korang tak kenal, tetiba mengaku ahli jemaah yang sama dan ajak korang ikut program.

sebenarnya, once kalau korang dah daftar dalam jemaah ni, nama korang akan masuk dalam sistem nasional. melalui sistem tersebut, nama korang akan ditransfer ke kawasan lain kalau korang berpindah kawasan. ye lah, korang daftar tyme student. takkan rumah kat kedah, daftar ahli tyme belajar kat johor, bila habis belajar nak mai johor sebab nak usrah kan. tak logik. so that nama korang akan dipassing kat kedah lah atau kat tempat korang kerja nanti.

bila nama korang dah dipassing ke kawasan baharu, korang akan difollowup dengan geng baru. mungkin korang kenal dan mungkin tidak. yang penting korang mesti difollowup dan korang perlu terus beraktivisma dengan jemaah tersebut. macam seram kan. hidup anda dibayangi. sebenarnya seronok dan ini yang aku cari selama ini. hidup dengan golongan yang baik, lama-lama korang akan jadi baik. percayalah.

panjang pulak pendahuluan aku. kalau dengan cikgu bm aku, menti dah kena berdiri atas meja lah. intro sahaja dah 5 page. haha

baik, aku masuk pada isi berdasarkan tajuk. kan best kalau passing usrah ni macam passing bola sepak. jap jap. ni nak menunjukkan passing usrah ni mudah ke susah? lantak korang lah nak rasa ni mudah atau susah. aku share je. baca k.

aku ambil contoh bola sepak sebab ni permainan yang mudah. kaki bangku cap gajah duduk pun boleh tahu lah nam main bola macam mana. dan satu lagi, permainan ini adalah antara permainan yang perlukan kerja sama yang tinggi dan paling utama, pemain perlu passing bola yang korang dapat sampailah ada peluang nak jaringkan gol. jaranglah orang main solo dari kotak penalti sendiri sampai gol lawan sepanjang 90 minit beraksi.

dalam bola sepak ni, bila pengadil tiup wisel je, pemain perlu passing bola pada kawan. kemuadian kawan akan passing kat kawan lain, passing, passing, dan terus passing. ketika proses passing awal-awal ni, bola tu akan kenal dengan kebanyakkan kaki pemain geng kita. dalam proses kenal ni, kalau geng yang tak berhati-hati, bola tu akan terlepas. paling bahaya bila bola terlepas tu dicuri. itu boleh menjadi punca kekalahan.

perasan tak, bila pemain dah passing bola kat kawan dia, apa yang mereka buat? mereka akan support balik kawan yang dapat bola tu. kalau kawan yang dapat bola tu tak boleh bawa, dia akan passing semua pada pemain pertama. kalau tak boleh juga, mereka akan passing pada kawan mereka di belakang. tapi yang paling penting sebenarnya, lepas passing tu, tak boleh tinggal dan ignore bola tersebut.kena support kawan dan follow up.

tujuan utama bermain bola sepak adalah untuk mendapatkan seberapa banyak jaringan untuk memperoleh kemenangan. jarang lah orang main bola sebab nak kalah. lagi pelik bila orang cakap biar kalah asalkan kalah itu adalah kekalahan yang bermaruah. eh encik, mintak maaf ye. dah kalah tu kalah jugak. tak  payah nak bermaruah sangat lah. tak de nye lawan nak bagi 0.5 mata dari 3 mata maksimum sebab korang kalah bermaruah. mana mungkin korang nak beli kemenangan dengan kekalahan.

baik, kita back to the topik. nak menjaringkan gol adalah sasaran utama. kan aku dah cakap bola sepak ni permainan yang perlukan kerjasama. kalau kita ada peluang nak jaringkan gol, tetapi kawan kita peluangnya lagi cantik, apa salahnya kita passing kat kawan kita kan. sebab kawan kita tu lagi berpotensi nak jaringkan gol. hanya kawan yang makan kawan je dapat bola depan gol sengaja lepaskan tak nak bagi gol. sengaja tau bukan suka-suka. kalau dan takdirnya terlepas, takkan aku nak salahkan qada dan qadar. apa yang penting di sini adalah, sasaran utama bermain bola sepak adalah nak mendapatkan gol.

bila bola dah masuk gol, bermakna dah perfect lah satu gerakan tu. dan bila kawan dah jaringkan gol, adakah kita biar di bersorak sorang-sorang? tak kan. kita akan raikan kejayaan tu bersama. kan bola sepak ni perlukan team work, bila dah menang tu, menang sama-sama. dah jaringkan gol tu, kadang-kadang keeper pun naik nak peluk striker tadi. walaupun jauh, berlari juga berikan sokongan moral pada penjaring.

kan best kalau jadi macam bola dan passing usrah ni macam passing bola. mula-mula dalam jemaah, kasi kenal kebanyakkan kaki dalam jemaah. bila passing usrah, naqib lama tak lepas tangan, tapi support naqib baru. kalau naqib baru tak mampu bawak sampai maju, tak salah passing kat naqib lama. kalau tak boleh juga, passing lagi ke belakang sampai keeper. yang penting lepas passing support. jangan sampai terlepas bola dan jangan sampai dicuri. gunakan bola itu untuk mencapai sasaran jemaah. passing-passing dan terus passing sampai masuk dalam gol. jangan dipersiakan bola itu. kalau iklan boleh lah biarkan ia bergolek, tapi dalam jemaah, setiap individu itu ada potensi. dan yang paling penting, kalau dah berjaya, raikan bersama.

aku share semula post aku di facebook.

tangan akan kurang fungsi tanpa jari

badan tak dapat pergi jauh tanpa kaki

jantung takkan dapat menyalur darah tanpa arteri

dalam kehidupan berorganisasi

setiap kita adalah penyeri

semua orang ada tugas tersendiri

perbezaan pendapat perlu dirai

potensi ahli perlu dikenal pasti

fahamilah sesama kita

ada yang hebat berkata

ada yang bijak merencana

ada yang mantap bekerja

dan ada yang senyap seribu bahasa

namun jika diadun ini semua

organisasi itu pasti akan berjaya

dengan izin yang maha esa

jangan paksa jika seseorang itu tak mampu

kerana kalau dia tak mampu menjadi peluru

cukuplah sekadar menjadi picu

itu lebih baik dari kosong tanpa satu

 

akhir kata, apa yang aku nukilkan kali  ini, ikhlas dari dalam hati. menulis ketika basah itu payah kerana khuatir ada yang melemah. pendapat kita mungkin berbeza, yang kupinta rendahkan ego terimaku seadanya. mungkin aku bukan penyeri tetapi aku bukan untuk dicaci. mungkin aku tidak sehebat tetapi minatku jangan disekat. manusia ini perlu sentiasa muhasabah. oleh itu segala pesan jangan diambil mudah. semoga ketemu di jannah.

 

 

 

Malaysia diserang sebelum Paris

aku respect rakyat malaysia yang perihatin isu dunia. bila negara lain kena serang, terus guna hashtag #prayforparis #savegasa #syriaunderattack dan banyak lagi.

tapi aku dok perhati Malaysia dah lama kena serang, korang rilek je. masih enjoy macam biasa.

ehh… Malaysia kena serang ke? tak perasan pun.

korang yang tak perasan korang tengah kena serang tu yang dok sibuk beli tiket konsert k-pop.

korang yang tak perasan korang kena serang tu yang vape on rokok on

korang yang tak perasan korang tengah kena serang tu yang korang sibuk sembang kencang tak fikir hari mendatang.

Malaysia dah lama dah kena serang. merdeka tahun 1957 tu merdeka atas kertas je.

malaysia terus kena serang.

serangan pemikiran

serangan TPPA

serangan hendonisma

serangan vape

tak sedar lagi Malaysia kena serang???

ye…. Malaysia kena serang

takkan lah aku nak tipu benda serius macam ni

jadi, korang nak buat apa?

biar redha pasrah dan berserah Malaysia kena serang?

kalau korang tak sayang diri korang, tolonglah sayang anak cucu cicit waris korang

takkan korang kat syurga nanti, korang nak main hai hai bai bai dengan anak cucu cicit korang yang ada dalam neraka.

ye lah, koran punya pasal tak jaga negara, ana cucu cicit korang yang merana.

takut nanti mereka tak sempat belajar bab bab agama sebab kita diserang untuk cintakan dunia.

malaysia sedang diserang dan serangannya sangat dahsyat sampai korang tak mampu nak lawan.

mudah-mudahhan Allah memberekan hidayah kepada sesiapa yang sedar untuk menyedarkan orang lain.

UPSR: Tahniah anda semua cemerlang

tahniah kepada adik-adik yang memperloeh keputusan cemerlang dalam UPSR 2015.

berapa A pun yang adik-adik dapat, bersyukurlah kerana itu hasil titik peluh adik-adik selama enam tahun di sekolah rendah.

ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa serta cikgu-cikgu adik-adik yang banya berkorban untuk adik-adik.

jika keputusanya 5A, jangan terlalu leka kerana langkah adik-adik baru bermula.

jika keputusannya tak seperti yang diharapkan, ingat ini bukan penghujung kehidupan.

usaha kita menentukan segalanya. bukan sekadar mencetak keputusan, tetapi ia membentuk kehidupan.

Allah nilai seseorang itu berdasarkan usaha dan bukannya hasil.

perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita, maka jangan lupa ucapkan Alhamdulillah.

vape: di sini kesedaran bermula

walaupun mata masyarakat hari ini sudah beralih arah kepada keganasan di kotaraya Paris, isu penggunaan vape di malaysia masih belum sejuk. seorang demi seorang individu yang berpengaruh tampil memberi kenyataan dan pendapat mengenai penggunaan vape ini.

pada awal isu ini dibangkitkan, ramai yang bodoh sombong memenangkan pengguna dan penjual vape termasuklah segelintir menteri yang gagal mewakili rakyat dalam menangani masalah ini. terdapat beberapa kenyataan menteri yang secara lansung menunjukkan mereka ini tidak sayang masyarakat tetapi lebih sayangkan posisi mereka sebagai menteri. menteri sebegini adalah menteri yang penakut dan gagal sebagai seorang pemimpin.

kebelakangan ini, individu berpengaruh mula berani untuk menyuarakan pendapat mereka tentang bahaya vape. alhamdulillah, ada juga individu yang sayangkan belia negara tampil memberi kenyataan. akhirnya ramai yang sedar bahawa vape ini sebenarnya sangat berbahaya.

satu perkara yang positif dalam kehangatan isu vape ini adalah, kita dapat lihat bahawa masyarakat hari ini sebenarnya sangat bijak terutama mengenai hukum. mereka tahu mereka buat salah dan mereka mahu orang yang bersalah semua dihukum. tiada pilih kasih dan tiada kompromi.

ramai yang mempersoalkan kenapa ramai yang bersungguh-sungguh mahukan vape ini diharamkan sedangkan rokok berleluasa di luar sana. pengguna vape mahu rokok juga diharamkan kerana bahana rokok dan vape tiada bezanya. baguskan masyarakat sedar dan menawarkan supaya diharamkan kedua-dua produk racun ini.

selain itu, mengenai kedai vape yang dipelopori oleh peniaga melayu, mereka telah mengeluarkan banyak modal untuk memulakan perniagaan ini. mereka seperti cacing kepanasan dan mendesak supaya kerajaan tidak mengharamkan vape. jika mahu haramkan penjualan vape, haramkan juga kedai arak. sekali lagi orang yang bersalah bertindak kurang bijak menawarkan rakan yang bersalah untuk sama-sama diambil tindakan.

mereka yang bersalah ini sudah sedar bahawa mereka ini bersalah. selain itu, mereka juga telah berusaha untuk mencegah orang lain supaya terlibat dengan benda-benda haram. mungkin itu usaha dakwah mereka dengan mengadukan kesalahan orang lain supaya sama-sama diambil tindakan seterusnya sama-sama boleh muhasabah dan tingkatkan iman.

persoalannya kini, adakah kerajaan mahu terus memejam mata dan memekakkan telinga dengan budaya songsang yang berlaku disekeliling kita? adakan pemimpin yang mempunyai kuasa bacol dan takut hilang sokongan didunia dan anda telah membeli dunia dengan menggadaikan akhirat anda yang kekal selama-lamanya? selagi mana tindakan belum diambil, selagi itu saya percaya anda yang mempunyai kuasa ini tidak akan tenang kerana si pendosa walaupun kelihatan bahagia dengan harta dan takhta, hakikatnya kosong di dalam jiwa.

menjadi tanggungjawab kepada kita yang sudah dan dan baru sedar untuk menyedarkan orang lain bahawa vape, rokok, arak, dadah dan sebagainya semua haram dan jelas haram. jangan kita menggadaikan syurga untuk mebahagiaan kehidupan di dunia. semoga suatu hari nanti, Allah membuka pintu hati kita untuk sedar dan jelas dengan apa yang halal dan apa yang haram.

 

Alvin Tan: halal darahnya untuk dibunuh

Alvin Tan, siapa tidak kenal dengan blogger Malaysia yang terus mencipta kontroversi. terbaru, dia memuat naik gambar beliau menggunakan helaian naskah Al-Quran untuk mengelap najis. tindakan Alvin Tan ini telah mengundang kemarahan umat Islam terutama di Malaysia.

bermula dengan penulisan blog berunsurkan seks dan lucah, kini Alvin Tan lebih berani untuk menulis blog yang terus menghina Islam. sebelum ini dia pernah memuat naik vedio parodi azan, berbuka puasa bersama bak ku teh dan banyak lagi tindakan dia yang menghina Islam.

sehingga ke hari ini, telah banyak laporan polis telah dibuat terhadap Alvin Tan tetapi dia ini seakan-akan kebal kerana masih bebas di luar sana. kini dia menetap di Amerika Syarikat dan kerajaan Amerika Syarikat memberkan status suaka untuk membenarkan Alvin Tan terus tinggal di sana.

berdasarkan siri-siri penghinaan terhadap agama Islam oleh Alvin Tan, dia sebenarnya layak dibunuh dan darahnya halal kepada umat Islam. hal ini kerana, dia bukan sahaja kafir, tetapi dia telah menyatakan penghinaan terhadap Islam secara tidak langsung sebenarnya Alvin Tan telah mengishtiharkan perang antara dia dan umat Islam.

berikut adalah antara dalil yang menyokong supaya Alvin Tan ini dibunuh:

  • وَإِننَّكَثُواْأَيْمَانَهُممِّن بَعْدِعَهْدِهِمْوَطَعَنُواْفِيدِينِكُمْ فَقَاتِلُواْأَئِمَّةَالْكُفْرِإِنَّهُمْلاَأَيْمَانَلَهُمْلَعَلَّهُمْيَنتَهُونَ
    QS. 9:12
    Jika mereka merosak  sumpah (janji) nya sesudah mereka berjanji, dan mereka mencerca agamamu, maka perangilah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir itu, karana sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang (yang tidak dapat dipegang) janjinya, agar supaya mereka berhenti
  • أَنَّ يَهُوْدِيَّةً كَانَتْ تَشْتِمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَقَعُ فِيْهِ، فَخَنَقَهَا رَجُلٌ حَتَّى مَاتَتْ فأَبْطَلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَمَهَا.

    Seorang wanita Yahudi mencela Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mencaci maki beliau, kemudian seorang laki-laki mencekiknya sampai mati, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam membatalkan (hukuman atas) penumpahan darah wanita itu” (Sunan Abi Dawud (XII/17, no. 4340), al-Baihaqi (IX/200), dinilai jayyid oleh Syaikhul Islam dalam Sharimul Maslul)

  • Diriwayatkan dari Abu Masud dan Ibnu Abi Uways: Kami mendengar Imam Malik berkata: Sesiapa yang menghina Rasulullah s.a.w. atau menyakiti atau mengaibkan atau memperkecilkan Rasulullah s.a.w., maka dihukum bunuh samada Muslim ataupun kafir dan tidak diterima taubatny

selain itu, di sini juga disenaraikan pendapat para ulama dalam membahaskan hukum terhadap mereka yang menghina agama islam.

  • Menurut pendapat Mazhab Hanafi, orang Islam yang menghina seorang Nabi dari kalangan Anbiya, maka ia dihukum bunuh menurut had. Jika dia bertaubat sebelum dijalankan hukuman ke atasnya maka taubatnya tidak diterima secara mutlak. Namun jika dia menghina Allah, kemudiannya bertaubat, maka taubatnya diterima kerana ia merupakan hak Allah Taala. Sedangkan kesalahan menghina Nabi adalah berkaitan dengan hak hamba, yang tidak dapat dihapuskan dengan taubat.
  • Mazhab Imam Malik pula berpendapat bahawa sesiapa yang menghina Nabi atau malaikat, ataupun melaknatnya, mengaibkannya, atau membuat tuduhan palsu, atau membuat kenyataan sesuatu yang mengurangkan hak dan kedudukannya, atau mengurangkan sifatnya samada dari sudut jasmani, perwatakan, martabat, atau ilmu, zuhud, dan sebagainya yang tidak harus kepadanya, ataupun juga menyandarkan kepadanya sesuatu yang tidak layak dengan kedudukannya dengan cara menghina, maka dia hendaklah dibunuh dan tidak diterima taubatnya jika ia adalah muslim. Jika dia adalah kafir, maka hendaklah juga dibunuh, melainkan dia memeluk Islam
  • Manakala menurut kesepakatan ulama mazhab al-Shafie, sesiapa yang menghina Nabi s.a.w., maka dia telah murtad dan keluar dari Islam. Hukuman baginya adalah sama seperti orang yang murtad iaitu diberi peluang untuk bertaubat dan jika dia enggan dan tetap dengan pendiriannya, maka hendaklah dibunuh. Dan jika dia bertaubat, maka hendaklah dibebaskan walaupun dia melakukan kesalahan tersebut berulang kali, tapi dengan syarat taubatnya itu mesti disertai dengan mengucap dua kalimah shahadah, dan menzahirkan taubatnya, serta menyesal di atas perbuatannya yang melanggar hak Islam
  • Mazhab Ahmad bin Hanbal juga menjatuhkan hukuman murtad bagi mereka yang menghina Nabi s.a.w. Maka orang yang melakukan perbuatan tersebut tidak dibunuh melainkan diminta bertaubat selama tiga hari. Jika dia bertaubat, maka gugur hukumannya. Jika tidak, maka dibunuh dengan pedang
  • Imam Ahmad menjelaskan bahawa orang yang menghina Nabi s.a.w. samada muslim ataupun kafir, jika jelas perbuatan mereka itu, maka hendaklah dibunuh tanpa istitab (diminta bertaubat). Ibn Taymiyah dan Ibn Hazm juga berpendapat sedemikian

di sini jelaslah bahawa sebenarnya Alvin Tan telah lama menzahirkan perang terhadap umat Islam. ternyata undang-undang dunia gagal menghukum individu yang melakukan kesalahan besar di muka bumi. kalau saya diberi kuasa, memang dia saya cari dan terus pancung.

Islam agama yang suci dan tanggungjawab kepada kita sebagai penganutnya untuk memelihara islam untuk terus kekal suci. orang kafir itu tidak semuanya perlu diperangi, tidak semua perlu dimusuhi tetapi kalau orang kafir macam Alvin Tan ini, bunuh sahaja lah.

%d bloggers like this: