PERUBAHAN

……..

REMAJA DAN PERUBAHAN

Sedar atau tidak, kita semua adalah remaja. Menurut pemerhatian saya, lebih daripada 50% penduduk di Malaysia adalah remaja. Kenapa? Masih ragu-ragu dengan kenyataan saya? Nanti kalian akan faham dan akan menerima kenyataan saya dengan rela dan hati yang terbuka. Tetapi, apa kaitan remaja dengan perubahan??? Mesti kalian semakin hairan dan tertanya-tanya apa objektif dan faedah saya menulis ini. Setiap apa yang saya lakukan pasti akan memberi kesan. Terpulang kepada kita samaada hendak mengambil kesan itu untuk memperbaiki diri atau buat endah tak endah sahaja.
Kita adalah remaja. Menurut kamus dewan, remaja bermaksud mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin. Berdasarkan maksud ini, saya tafsirkan remaja, pemuda, dan belia ialah sama iaitu kita. Sesetengah pendapat menafsirkan remaja ialah usia antara akil baligh sehingga mencapai usia 40 tahun. Hal ini adalah kerana, kita mencapai usia metang apabila usia kita mencecah 40 tahun. Terdapat satu pepatah Inggeris yang berbunyi “life begin at 40”
Selain itu, junjungan besar Rasulullah SAW mendapat wahyu pertama ketika berusia 40 tahun. Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita mencapai umur 40 tahun, kita dapat berfikir secara matang dan rasional.
Persoalan utama yang bermain di minda kita ialah kenapa remaja perlu berubah? Sebenarnya bukan remaja sahaja perlu berubah tetapi semua orang perlu berubah. Alangkan alam yang sempurna ini pun akan berubah. Saya menyeru remaja agar kita sama-sama berubah kerana remaja merupakan usia emas tetapi bukan warga emas. Bunyi seakan sama tetapi perkara yang jauh berbeza. Warga emas ialah orang tua tetapi usia emas ialah usia yang paling berharga iaitu usia remaja. Lebih baik kita berubah ketika usia emas bukan warga emas. Sudah pening kepala??? Ayuh lapangkan minda, buka fikiran, tenangkan hati bagi menerima secebis ilmu dari saya agar Islam akan sentiasa berkembang dan dapat menguasai 2/3 dunia seperti dulu atau kita bersama akan berjaya berdakwah agar Islam abadi selamanya.
Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata, jika kamu ingin melihat keadaan Negara pada masa akan datang, lihatlah keadaan remaja pada masa kini. Ayat ini menunjukkan kuatnya pengaruh remaja kepada Negara. Selain itu, mantan presiden Indonesia, Sukarno pernah berkata, jika diberi 10 orang remaja kepada ku, nescaya akan ku gegarkan dunia. Perkara ini mengukuhkan lagi bahawa peranan remaja sangat penting bagi sesebuah Negara yang sedang pesat membangun. Sedarlah bahawa sikap remaja bukan sekadar memberi kesan kepada diri tetepi kepada keluarga, masyarakat, Negara dan seterusnya kepada umat Islam.
Kita adalah pemimpin pada masa depan. Jika kita tidak dapat menjadi ahli politik yang berpeluang membela nasib rakyat di Parlimen, kita pasti akan menjadi pemimpin sesebuah organisasi besar mahupun kecil. Paling tidakpun, kita akan menjadi pemimpin keluarga. Tetapi apa yang malangnya, akhbar Berita Harian 16 Oktober 2009 memaparkan “Pelajar lepasan PMR Melepak Di Kafe Siber” selain itu Buletin Utama 12 Disember 2009 memaparkan Remaja 16 tahun antara yang diberkas dalam Ops Jalan Raya dan Ragut di ibu kota Kuala Lumpur. Adakah ini remaja yang diharap-harapkan bagi meminpin Negara menggantikan pemimpin yang menunggu masa untuk bersara. Bilakah akan lahir pemimpin seperti Dr. Mahathir jauh sekali seperti Junjungan Besar Rasulullah SAW.
Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir remaja yang sedar akan tanggungjawab yang bakal mereka pikul nanti. Adakah kita sebahagian daripada mereka yang sedar ini? Tepuk dada tanya selera. Ayuh kita sama-sama berfikir jauh ke hadapan. Bantulah rakan-rakan kita yang telah sesat itu kembali ke pangkaljalan. Rakan-rakan,,, perubahan ini berat tetapi jika disertai dengan niat yang ikhlas, pasti akan mendapat rahmat, berkat dan akhirnya nikmat. Peganglah kata-kata hikmat ini menjadi azimat agar kita selamat dunia dan akhirat.
Kita adalah remaja yang tidak sempurna dan tidak akan sempurna. Tetapi kita perlu mengubah sikap kita agar kita boleh menghampiri kesempurnaan. Banyak perkara yang kita boleh ubah jika kita hendak menjadi mukmin sejati. Antaranya ialah solat pada awal waktu, kerap melakukan solat dan puasa sunat dan yang paling penting ialah berdakwah. Ingatlah, jika kita tolong agama Allah, InsyaAllah Allah akan bantu kita. Ayuh kita sama sama berubah agar hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada semalam. Saya tidak paksa kita berubah secara mendadak. PERUBAHAN YANG SEDIKIT TETAPI ISTIQAMAH LEBIH BAIK DARIPADA PERUBAHAN MENDADAK TETAPI HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.
Bukan susah sangat untuk berubah tetapi biasalah orang melayu. Suka sangat memberi alas an dan suka mengutuk orang yang hendak berubah. Contohnya banduan yang baru keluar dari rumah besi sukar mencari kerja walaupun sudah berubah menjadi baik. TITIK HITAM DI KERTAS A4 MENJADIKAN KERTAS TIDAK BERNILAI. Tetapi ini semua sepatutnya menjadi pembakar semangat untuk kita berubah. Mulut tempayan boleh ditutup. Lidah yang tidak bertulang ini lebih tajam daripada mata pedang. Jangan jadikan kutukan dan ejekan orang sebagai penghalang untuk kita berubah.
Sebelum saya mengakhiri kalam, saya ingin berkongsi sebuah serita yang mengandungi berjuta-juta pengajaran. Di sebuah kampung, tinggallah sepasang anak yatim. Kembar ini masih lagi remaja. Seorang bernama Abu dan seorang bernama Ali. Walupun mereka kembar, tetapi perwatakan mereka berbeza. Abu seorang remaja yang nakal. Dia sering menimbulkan huru-hara di kampung. Selain itu, dia juga sering pergi ke pusat hiburan di pinggir kota untuk berfoya-foya. Berbeza sekali dengan watak Ali. Ali seorang remaja yang alim. Dia selalu menghabiskan masanya di masjid. Selain itu dia juga rajin membantu orang kampug bekerja.
Pada suatu hari, mereka berdua minum petang bersama-sama secara tidak sengaja, Abu bertanya kepada Ali “wahai Ali, apakah rasanya jika menjadi alim seperti kamu? “ kemudian Ali menjawab “jika kamu hendak tahu, lebih baik kamu cuba. Aku pun hendak cuba menjadi seperti kamu. Aku teringin untuk enjoy.” Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk bertukar watak pada malam tersebut.
Tepat jam 7 petang, mereka memulakan agenda yang telah dirancang. Abu pergi ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan seterusnya berhajat untuk melakukan Qiamulail. Sementara itu, Ali pergi ke pecan untuk menghadiri satu pesta . pesta yang diadakan di pusat hiburan itu, mengandungi arak dan seks bebas. Semua orang kampung terkejut dengan perubahan yang mereka lakukan.
Jam di menara jam berbunyi sebanyak 12 kali. Setelah beberapa detik, suatu bencana alam berlaku. Malang tidak berbau. Satu gempa bumi menggegarkan kawasan tersebut. Gempa bumi itu mengakibatkan ombak besar tsunami. Ali dan Abu terbunuh dalam kejadian ini. Ali mati ketika sedang berpelukan dengan seorang gadis manakala abu mati ketika sedang sujud. Wahai rakan-rakan sekalian, fikirkanlah kemana arah yang akan mereka tuju ketika hari pembalasan.
Kesimpulannya, kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk mencapai kegemilangan hitup. Tetapi perubahan yang bagaimana? Tepuk dada Tanya iman. Pilihan berada di tangan anda.gunakanlah akal fikiran yang waras untuk berfikir secara rasional. Jangan kita mengikut nafsu kerana sesiapa yang bertuhankan nafsu adalah orang yang paling lemah.. Ayuhlah kita berubah kearah positif. Jadikanlah apa yang anda baca ini sebagai satu pendorong untuk berjaya. Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbunag Marilah mencapai kegamilangan umah. Kalau bukan kita, siapa lagi dan kalau bukan sekarang, bila lagi. Sedarlah… AT THE FIRST WE MAKE HABBIT AND AT THE LAST HABBIT MAKE US..

2 responses to this post.

  1. salam ziarah..:)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: