ISLAM??

……..

بسم ٱلله ٱلرحمن ٱلرحيم
SAYA ISLAM & SAYA ISLAM
Sedar atau tidak, dalam pelembagaan malaysia, agama islam telah di angkat sebagai agama rasmi kebangsaan. Oleh itu, kita hendaklah bersyukur kerana agama islam menyuruh umatnya berbuat baik kepada agama lain. Seperti dalam peperangan, umat islam hanya boleh berperang untuk mempertahankan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
Islam adalah agama yang indah, mudah dan diredhai ALLAH
Dewasa kini, umat islam di negara ini marah kerana bangsa lain ingin menggunakan kalimah ALLAH. Persoalannya, mengapakah kaum lain sudah berani mempersendakan kalimah agong ini? Hal ini berlaku demikian kerana silap umat islam sendiri. Umat islam tidak dapat membezakan frasa saya islam dan saya islam. Bunyi macam sama tetapt mempunyi maksud yang jauh berbeza.
Saya islam ialah frasa nama iaitu insan yang mengaku dirinya sebagai islam tetapi tidadk pernah mengamalkan cara hidup islam. Lihat sahajalah di pusat-pusat hiburan, penjara, pusat sehenti dan tempat maksiat, mejoritinya ialah umat islam. Ayuhlah kita yang sedar ini mencegah maksiat daripada terjerat pada umat islam. Jangan sampai virus ini memakan diri seterusnya kita akan menjadi kuli di bumi sendiri.
Kita seharusnya mengaku diri kita sebagai islam. Saya islam ialah frasa kerja. Siapa yang mengaku dirinya sebagai islam dan mengamalkan cara hidup islam itulah umat islam yang sejati. Kita tidak semestinya menjadi seperti ulama, cukuplah sekadar kita menjaga imej islam yang suci ini. Sesiapa yanh masih sesat masih belum terlambat untuk bertaubat. Ingatlah bahawa ALLAH itu maha pengampun.
Akhir sekali, kita sebagai umat islam yang bertuah hendaklah menjaga agama yang suci ini. Jangan biarkan usaha dakwah Rasulullah, khalifah dan ulama berakhir dengan sia-sia. Sekarang ini zaman islam dipermainkan. Oleh itu, marilah rakan-rakanku semua, bangkitlah berjuang demi agama tercinta.
Ingatlah.. ISLAM AGAMAKU, DAKWAH AMANAHKU, JIHAD MATLAMATKU…
ALLAHUAKBAR!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: