ALAM INI…

FENOMENA ALAM SATU KEJADIAN ALLAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga fenomena bermaksud sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan manakala alam membawa banyak maksud tetapi ingin saya petik satu maksud yang menurut saya tepat dan hampir menyamai dengan rencana yang ingin saya bawa bermaksud dunia atau bumi. Justeru, dapat saya simpulkan fenomena alam bermaksud sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan dan berlaku di atas muka bumi ini.

Fenomena Alam boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama,  fenomena alam yang memberi kebaikan dalam kehidupan sejagat. Sebagai contoh, fenomena turunnya hujan. Hujan terjadi melalui beberapa proses. Proses ini bermula apabila udara panas mengembang lalu naik ke atas. Kemudian berlakunya proses pemeluwapan satu proses di mana udara bertukar menjadi awan berbentuk cendawan atau di namakan komulonimbus. Lalu, hujan turun pada waktu petang diseratai petir dan kilat dan dikenali sebagai hujan perolakan.

Firman Allah, mafhumnya:

“Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian dengan (air hujan) itu Dia mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezeki buatmu; dan Dia telah menundukkan kapal bagimu agar berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan sungai bagimu. Dan Dia telah menundukkan matahari dan bulan bagimu yang terus-menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan malam dan siang bagimu. Dan dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah ,nescaya kamu tidak mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)”.

Surah Ibrahim: Ayat 32-34

Kedua, fenomena alam yang memberikan kesan buruk terhadap kehidupan manusia. Sebagai contoh, fenomena gempa bumi. Gempa bumi bermaksud gegaran bumi disebabkan oleh rekahan dan penganjakan sebahagian besar lapisan luar batuan bumi secara tiba-tiba. Kebanyakan gempa bumi terjadi di sepanjang sesar iaitu rekahan di dalam lapisan luar batuan bumi di mana bahagian batuan menggelongsor berulang kali melepasi antara satu sama lain. Apabila berlaku tarikan yang terlalu kuat batuan akan pecah dan membentuk kedudukan baru yang menyebabkan berlakunya gegaran gempa bumi.

Kesan buruk hasil daripada fenomena alam gempa bumi ini ialah, tanah runtuh, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Sekiranya ia terjadi di dasar laut, ia boleh mencipta siri ombak besar pemusnah yang dikenali dengan nama tsunami atau ombak laut seismosis.

Kejadian fenomena alam ini memberi kesan bukan sahaja dari segi fizikal muka bumi malahn seluruh isi bumi.  Dari sudut agama Islam fenomena alam ini mampu melahirkan rasa kesal ,rasa kasih dan simpati dalam diri manusia. Lahiriahnya, fenomena-fenomena alam ini dianggap sebagai satu petanda dari tuhan. Sebagai contoh, kisah kaum Nabi Luth yang ingkar pada perintah Allah lalu diturunkan bala kerana perkara yang dilakukan oleh kaum ini  yang mempersendakan agama dengan melakukan hubungan sesama kaum. Kesannya, Allah menterbalikkan bumi yang diduduki kaum ini lalu terbentuknya Laut Merah. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Kitab Suci Al-Quran: “Maka, tatkala datang azab Kami, Kami balikkan (kota itu), dan Kami turunkan di atasnya hujan batu, (seperti) tanah liat dibakar bertubi-tubi. Diberi tanda oleh Tuhanmu. Dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.” Allahu`azim.

Kesimpulannya, setiap kejadian atau fenomena yang terjadi ada sebab. akibat dan hikmahnya. Maka bersyukurlah, kerana kadangkala Allah menurunkan sesuatu yang tidak kita sukai dapat memberi manfaat dalam kehidupan kita.

AINA ADILAH RAMLI

KISAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: