ASIF…

……..

RASULULLAH SAW SUKA MEMAAFKAN…
Dalam suatu peperangan, seorang daripada kaum musyrikin melihat kaum Muslimin sedang berehat, lalu dia mengambil kesempatan mendampingi Rasulullah dan berdiri di kepalanya. Di tangannya sebilalah pedang lalu berkata kepada Baginda,” siapakah yang dapat mempertahankan kau daripada pedang ini?”
Rasulullah segera menjawab “ allah” mendengar jawapan itu, tangan orang musyrikan itu gementar lalu pedangnya terjatuh. Maka Rasulullah mengambil pedang itu lalu berkata “saipakah kini yang dapat mempertahankan kau daripadaku?” orang musyrikin itu menjawab dengan sukar “ ambillah nyawaku dengan cara yang baik.”
Baginda berkata kepadanya “ Asyhadu ala ilaha ilallah wa anni Rasulullah ( Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku ini Rasulullah)” kata lelaki iti “Tidak. Aku tidak akan mengucapnya, akan tetapi aku berjanji tidak akan memeranginya lagi, dan tidak akan membantu orang-orang yang memerangimu itu.”
Maka bagindapun melepaskan orang itu. Lalu dia pergi kepada kaumnya dan berkata “ Wahai kaumku, aku telah datang dari seorang yang amat baik sekali di antara manusia sekalian ( maksudnya Rasulullah)
Dalam peristiwa-peristiwa lain, banyak kali para sahabat meminta izin daripada rasulullah untuk membunuh orang0orang yang membuat jahat kepada baginda. Mereka berkata, “izinkanlah kami menetak kepalanya wahai Rasulullah!” tetapa baginda tidak setuju malah melarangnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: