(-)(+)(STRESS)=(BLISS)

Satu perkara yang sentiasa salagi jantung kita berfungsi untuk mengepam darah yang mempunyai oxygen ke seluruh tubuh badan ialah masalah. Masalah akan datang dan pergi sebegitu sahaja jika betul caranya.kita hendaklah yakin bahawa semua masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya. Dan kita juga perlu bersiap sedia untuk menangani masalah yang bakal timbul tetapi janganlah kita bersusah payah dan berpenat lelah untuk mencari msalah kerana masalah pasti akan singgah.

Setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaian. Yakinlah bahawa ALLAH tidak akan membebankan hambanya dengan apa yang hambanya tidak mampu lakukan. Ingatlah bahawa ALLAH itu maha pengasih lagi maha penyayang. Masalah yang timbul kini ialah manusia itu bersifat mangalah sebelum berkerah. Mereka berfikir bahawa setiap masalah itu mustahil untuk mendapatkan hasil. Oleh itu kita hendaklah membuang semua pemikiran negative kita. Simpan dan tambah semua pemikiran positive agar kita lebih aktif untuk menyelesaikan masalah yang menghasilkan tekanan.

Percaya atau tidak, masalah sangat penting dalam hidup kita. Kita ambil contoh yang serig kita dengar iaitu kisah perjalanan dakwah Rasulullah. Pada mulanya kita lihat apabila Baginda mendapat wahyu untuk berdaakwah. Itu merupakan satu masalah bagi baginda. Cuba kita bayangkan seorang hamba ALLAH yang tidak pandai membaca ingin memengaruhi umat manusia. Mustahil bukan. Tetapi baginda mampu lakukan kerana Baginda yakin dengan kuasa ALLAH. Its all about your mind. Ingatlah bahawa jika kita bantu agama ALLAH nescaya ALLAH akan bantu kita.

Masalah menghasilkan tekanan dan mengakibatkan kita tertekan lantas berfikir untuk berkorban. Kononnya mati adalah jalan penyelesaian bagi segala permasalahan. Semuanya bermula dengan niat. Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Ikut akal, gagal. Ikut niat, selamat. INSYAALLAH. Think positive. Cuba kita renung sejenak… sebuah kotak yang dalam keadaan pegun tidak akan bergerak selagi tidak mendapat daya atau tekanan. Begitu juga dengan kita. Sedar atau tidak, hidup kita perlukan tekanan bagi memajukan diri kita. Apa yang penting adalah niat, keyakinan, semangat dan tekad. Anggap semua perkara baik walauun pahit untuk ditelan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Ingatlah setiap yang berlaku merupakan takdik illahi. Kita harus yakin dengan qada dan qadar tetapi janganlah berserah pada qada dan qadar. Niat, usaha, istiqamah dan tawakal.

Konklusinya, kita hendaklah menganggap semua masalah dan tekanan merupakan suatu yang positive. Jika kita rasa suatu perkara itu negative, cuba positivekan dengan cara square… walau apapun ujian, cabaran, halangan dan rintangan yang melanda, bersabarlah menempuhi segala onak duri, ranjau berliku dan lautan api kerana ALLAH sentiasa berada bersama kita. Sebagai renungan… orang yang berjaya ialah orang yang sabar manakala orang yang gagal ialah orang yang bertuhankan hawa nafsu. Olek itu fikir dahulu sebelum bertindak. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemidian tiada guna..

2 responses to this post.

  1. Posted by azfar on 16/10/2010 at 04:20

    2 la…asal exam besar je dpt bliss, lps 2 tulis psl bliss

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: