at least

 

Sekurang-kurangnya. Selalu dengar perkataan ni? Kalau dalam bahasa inggeris, kata yang semaksud adalah ‘at least’ dan kalau dalam bahasa Jepun pula, ‘すくなくとも’[sukunakutomo]. Perkataan ni sering digunakan untuk menetapkan syarat yang paling minimum untuk sesuatu perkara. Namun ia tidaklah terhad kepada syarat sahaja, boleh juga digunakan untuk perkara lain asalkan membawa kepada maksud yang sama. Untuk lebih memahami, perhatikan ayat-ayat dibawah,

‘Sekurang-kurangnya anda perlu memiliki SPM untuk memohon..’

‘At least, you must posses B2 license to apply..’

少なくとも、二つの理由を述べなさい。’ [sekurang-kurangnya anda mesti mengemukakan dua sebab]

Begitulah sedikit sebanyak tentang perkataan ‘sekurang-kurangnya’.

 

Saya pernah mendengar ayat ini,

“Kalau kamu tak dapat jadi pelajar yang pandai, sekurang-kurangnya kamu jadilah pelajar yang baik.”

Kemudian, saya juga pernah mendengar ayat ini,

“Walaupun kamu tak kaya, tapi sekurang-kurangnya kamu punya keluarga yang amat menyayangi kamu.”

Dan ayat ini,

“Memanglah kamu tak dapat apa yang kamu minta, tapi kamu dah dapat semua yang kamu perlukan.”

Ayat ini juga,

“Takpelah kalau aku meniru pun, at least aku buat jugak homework ni.”

Ayat ini pun,

“Lambat pun, at least aku sembahyang kan?”

Dan banyak lagi ayat-ayat lain yang melibatkan penggunaan perkataan ‘sekurang-kurangnya’ ini.

Meneliti semula setiap ayat-ayat di atas, saya dapat melihat kontra pada penggunaan perkataan ini. Ia boleh membawa maksud yang baik, namun mampu juga digunakan dalam mencipta alasan dan membantu budaya escapism.

Perkataan ini sesuai diaplikasikan jika kita berada pada pihak yang menerima. Tidak kiralah kita sedang menerima daripada manusia atau yang Maha Pencipta.  Dengan menggunakan perkataan ini, kita akan lebih mudah dan redha untuk bersyukur. Tatkala ditimpa musibah, contohnya kita diuji dengan kematian ayah tersayang, kita masih mampu untuk terima kerana sekurang-kurangnya kita masih punya ibu yang sentiasa disisi. Bila anda diuji dengan kesakitan, kita masih mampu bertahan kerana sekurang-kurangnya kita masih lagi bernyawa untuk mohon ampun. Sama juga keadaannya bila kita menerima tidak sebanyak orang lain, misalnya dari segi rezeki, kawan kita mendapat gaji 5000 sebulan, sedangkan kita  hanya memperolehi 1500 untuk menyara keluarga. Kita tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita masih diberi rezeki yang halal daripada ALLAH. Jadi sekurang-kurangnya  perkataan ‘sekurang-kurangnya’  dapat membawa kita tergolong dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang bersyukur.

TAPI, jika perkataan ‘sekurang-kurangnya’ ini diaplikasikan saat kita berada di pihak yang memberi. Kita akan jadi lokek dan tidak bersungguh dalam memberi. Kita akan menjadikan perkataan ‘sekurang-kurangnya’ itu sebagai hujah dalam melepaskan diri dari melakukan sesuatu yang lebih baik. Bila kita hanya bersedekah Rm 1, sedangkan kita mampu waima Rm10 sekalipun, kita akan jadi tenang bila hati berkata ‘sekurang-kurangnya aku sedekah jugak’. Dan kita terlepas pahala yang lebih banyak yang sepatutnya boleh kita perolehi.  Benar, kita memberi setakat yang termampu. Tapi penentuan kemampuan itu yang menjadi persoalannya. Jika berteraskan iman, Rm 10 pun tidak menjadi masalah. Namun jika ditanya pada hati yang kikir, Rm1 itu pun sudah terasa berat. Jadi, berilah setakat yang termampu dalam erti kata yang sebenarnya. Begitu juga bila kita berhadapan dengan timbunan homework yang diberikan, kita tidak kisah jika kita meniru, kita tak berusaha untuk mencari idea baru, kerana kita berfikir ‘tak mengapalah, sekurang-kurangnya aku siapkan juga homework ni.’ Padahal kemanisan yang apa yang dinilai itu adalah pada usaha..

Itu adalah antara kesan buruk aplikasi perkataan ‘sekurang-kurangnya’  yang melibatkan perbuatan memberi kepada manusia. Tatkala memberi kepada ALLAH, perkataan ini hendaklah dipadam terus dari kamus hidup kita. Kerana, jika ia melibatkan ibadah dan mentaati perintah ALLAH, kita harus memberi berusaha yang terbaik. Frasa ‘sekurang-kurangnya aku solat walaupun lewat’, ‘sekurang-kurangnya aku baik walaupun tak tutup aurat’, ‘sekurang-kurangnya aku puasa walaupun still mengumpat’, ‘sekurang-kurangnya itu..’, ‘sekurang-kurangnya ini..’ mestilah dikikis dari hidup kita sebagai hamba ALLAH tatkala memperhambakan diri padaNYA. Kerana kita telah diciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan, dan jadilah ciptaan yang memberi yang terbaik. Kerana setiap ibadah yang kita lakukan, dan setiap perintah yang kita turuti bukanlah untuk membalas nikmat ALLAH tetapi hanyalah tanda kesyukuran dari seorang hamba yang hina. Kerana nikmat ALLAH itu terlalu luas.. Dan tak mungkin kita mampu membalasnya.

Saya pernah membaca satu sms,

“In friendship, we have to give more and expect less..”

Saya bersetuju dengat ayat ini. Tapi bukanlah dalam persahabatan sahaja, bahkan merangkumi setiap aspek kehidupan. Because, when everybody gives more, everybody will eventually get more, right?

Letaklah perkataan ‘sekurang-kurangnya’ itu pada tempat yang sepatutnya agar kita menjadi pemberi yang baik dan penerima yang sentiasa bersyukur. InsyaALLAH.

by. azzariyat.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: