L.O.V.E

Nafsu: Kalau kau tak couple, sampai bila pun tak jumpa jodoh hoi!

Iman: Orang dulu-dulu tak couple pun, kahwin je? Cuba tengok datuk nenek kita dulu, mana ada nak sibuk-sibuk bercouple ni. Akhirnya bahagia jugak. Sampai ke anak cicit lagi!

Nafsu: Tu orang dulu-dulu Man, kau jangan nak banding zaman dulu dengan sekarang. Dulu kuno, mana ada nak romantik-romantik ni! Kau tengok budak sekarang ni, bahagia je mereka. Kat Mid Valley berdua, kat UNIELSE berdua, kat meja study berdua, makan pun bak candle light dinner ! Euww, romantisnya anak-anak zaman sekarang. Jealousnya! Man, cakap je lah yang kau jealous kan, kan, kan?Hahaha…

Iman:Hey Naf, sempit betul pemikiran kau. Itulah kalau asyik ikut kau, yang betul nampak salah, yang dosa, yang maksiat , semuanya jadi halal.  Yang ikut syariat kau kata kuno, tak bertamadun. Yang maksiat menghampiri zina, kau kata tak salah, tak berdosa. Padahal, couple tu lah yang mendorong zina! Allah berfirman Surah Al Isra’ ayat 32:

“Dan jangalah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Nafsu: Amboi, amboi dah keluar dalil pulak. Kenapa kau kata couple tu penyebab zina? Ada alasan kukuh ke? Hey, orang couple ni tak semua jahat tau! Tengok anak didik aku tu, elok je, sweet je. Nak pergi mana-mana pun sama-sama. Diorang mana pegang-pegang tangan ni. Bersentuhan pun tak pernah you! Ni ke riyuu(alasan) kau kata couple tu penyebab zina? No way, diorang pun budak pandai, nak pergi belajar kat Korea lagi awal tahun ni. Tak ada masalah pun?

Iman: Nafsu, kau memang kuat berhujah dan pandai cari alasan. Lepas tu, kau suka putar belit suruhan dan larangan Allah. Patutlah ramai orang rela bercouple, rupa-rupanya terpengaruh dengan kau yang setebal kulit durian. Cuba semak balik firman Allah tadi:

“Dan jangalah kamu MENDEKATI zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Naf, dah nampak ke belum? Perlu diulang?

Jadi, bukankah couple itu mendekati zina? Apa jaminan kau bahawa pasangan-pasangan yang dikatakan tidak pernah berpegangan tangan itu tidak akan melakukannya suatu hari nanti? Berapa banyak jaminan kau wahai  encik Nafsu? Tengoklah sekarang, dah berapa banyak bayi luar nikah dibuang? Ni semua sebab orang yang asal-asalnya bercintan-cintun, duduk bertepek-tepek akhirnya yang perempuan dinodai. Tak cukup lagi ke firman Allah tadi? Jawapannya, cukup. Cuma manusia je yang tak pernah cuba nak elok daripada menghampiri dosa besar tu. Tambah-tambah lagi bila dah dihasut kau. Masih lagi berdua-duaan, berkepit sana-sini, walaupun belum ada ikatan perkahwinan.

Nafsu: Bukankah Tuhan dah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan? Couple tu bukan berpasang-pasangan ke hah wahai encik Iman yang arif lagi bijaksana?

Iman:Sebab itulah kena belajar, jangan kita ikut hawa nafsu translate sendiri ayat al-Quran. Nanti jadilah macam ni, menghalalkan yang haram pula. Berpasang-pasangan itu bukan bererti bebas bercouple atau bebas buat apa sahaja. Kalau dah couple tu, mestilah tak sah kalau tak telefon atau bergayut kan?

Nafsu: Eh, mestilah, kalau tidak macam mana nak rapatkan ukhwah.

Iman: Amboi, sekarang pandai-pandai je kau kata couple tu mengeratkan ukhwah? Tak cukup lagi bergayut, bertentangan mata lama-lama. Benda ni boleh jadi zina mata, telinga, malah, hati pun.

Begitulah perbualan Nafsu dan Iman (bukan nama sebenar). Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Di sinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela dan sentiasa mendorong diri manusia itu ke arah kejahatan.

Imam al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda kuda yang liar. Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan. Begitulah nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan.

Dorongan nafsu yang berbeza-beza ini dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran. Antaranya ialah nafsu mutma’innah yang sifatnya tenang dan bebas daripada gangguan kejahatan. Maksud firman Allah s.w.t:

“Hai nafsu yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan.”

(Surah al-fajr 89: 27-28)

Ada kalanya nafsu belum stabil. Kebaikan yang dilakukan belum terasa indah, namun apabila berbuat kejahatan terasa pula kekesalannya. Nafsu ini dinamakan nafsu lawwamah. Firman Allah yang bermaksud:

“Aku bersumpah dengan nafsu yang amat mencela kejahatan.”

(Surah al-Qiyamah 75: 2)

Dan kedudukan yang paling parah apabila nafsu berada di peringkat ammarah bi al-su’ – yakni nafsu yang tunduk seratus peratus kepada syahwat dan syaitan. Firman Allah yang bermaksud:

“ Dan aku tidak akan membiarkan nafsuku kerana nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.”

(Surah Yusuf 12: 53)

Semua maklum bahawa hukum berjihad adalah wajib, tetapi bagaimana kedudukannya dalam Islam? Di dalam Islam kedudukan jihad jatuh nombor tiga setelah rukun Iman dan rukun Islam.
Mengapa jihad itu dianggap besar? Setelah Rukun Iman dan Rukun Islam, jihad adalah yang paling utama, dia menjadi nombor satu, dia jadi besar. Mengapa?

Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya,

“Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? ” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu.”

(Riwayat Al Baihaqi)

Nafsu itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah ‘highway’ atau jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka semakin luaslah ‘highway’ syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH sangat jahat.

Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan

(Yusuf: 53)

Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua, marilah kita perangi nafsu kerana ia adalah satu jihad. Terutamanya, apabila melihatkan pasangan-pasangan couple yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di sini, membuatkan hati saya tidak tenteram apabila melihat sahabat-sahabat sendiri bergelumang dengan kemaksiatan. Bukan kerana menjaga tepi kain, atau bukan kerana jealous, tetapi kerana ini tanggungjawab saya dan kita semua yang melihat kemungkaran. Berdosalah semua jika tiada yang menegur. Semoga artikel ini sekurang-kurangnya membuka pintu hati kita, untuk berfikir sejenak dan membuat keputusan yang tepat dengan hati dan iman, bukan dengan nafsu.

Wallahualam…

dipetik dari azzariyat.com

2 responses to this post.

  1. Posted by SEO on 26/06/2013 at 00:27

    I have an excited analytical attention designed for detail and can anticipate
    troubles before they occur.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: