masalah=mudah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ (١) وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ (٢) ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ (٣) وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ (٤) فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦) فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ (٧) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب (٨)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)

alhamdulillah. allah masih lagi memberi kesempatan untuk captainqudwah mencoretkan sesuatu untuk tatapan kita bersama. kali ini saya akan berkongsi cerita yang pernah dibaca dan artikal ini ditulis berdasarkan kefahaman saya. diharap dapat memberi iktibar dan pengajaran buat kita semua. antara makanan yang popular di negara jepun iailah shushi. Shushi dihasilkan daripada ikan. Oleh sebab permintaan terlampau tinggi oleh penduduk Jepun, ikan yang berada di perairan persisir pantai di Jepun tidak dapat menampung permintaan. Oleh itu timbul satu masalah iaitu masalah kekurangan ikan.

Untuk mengatsi masalah ini, nelayan  Jepun telah bersetuju untuk meredah lautan luas bagi mendapatkan stok ikan di lautan dalam iaitu lebih jauh daripada daratan. Alhamdulillah, dengan cara ini penduduk Jepun dapat menikmati banyak shushi. Namun demikian, kualiti shushi yang dihasilkan berada di tahap yang amat rendah kerana dihasilkan daripada ikan yang tidak segar. Hal ini berlaku demikian kerana perjalanan yang diambil untuk  nelayan sampai ke daratan mengambil masa yang lama. Jadi timbul satu lagi masalah iaitu ikan yang diperoleh tidak segar.

Untuk mengatasi masalah ini, nelayan Jepun telah bersetuju untuk membawa kotak ais ke tengah lautan bagi menyimpan ikan. Jadi penduduk jepun dapat menikmati shushi yang diperbuat daripada ikan segar. Namun demikian, lidah orang Jepun amat senstif dengan rasa makanan. Mereka tahu ikan tersebut telah mati awal dan disimpan di dalam peti ais. Mereka ingin ikan segar yang masih hidup. Jadi timbul lagi satu masalah untuk membawa pulang ikan hidup dari tengah lautan.

Untuk mengatasi masalah ini, nelayan Jepun telah bersetuju untuk membawa tangki air ke tengah lautan. Dengan cara ini, mereka dapat membawa ikan hidup ke daratan untuk menghasilkan sushi yang berkualiti tinggi. Namun demikian, lidah orang Jepun amat senstif dengan makanan. Mereka tahu ikan tersebut merupakan ikan yang tidak aktif. Jadi timbul lagi masalah untuk membawa pulang ikan yang aktif ke daratan.

Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai cara telah difikirkan. Akhirnya mereka bersetuju untuk memasukkan beberapa ekor ikan jerung kecil ke dalam tangki air bagi menakutkan ikan-ikan lain. Jika difikirkan secara logic,mereka akan mendapat kerugian kerana ikan yang di tangkap akan dimakan jerung. Tetapi sedarlah bahawa ikan jerung hanya mampu makan beberapa ekor ikan sahaja. Dalam masa yang sama, kehadiran ikan jerung ini akan menakutkan ikan lain justeru akan memaksa mereka bergerak aktif untuk menyelamatkan diri. Pengorbanan yang sedikit diperlukan bagi mendapatkan hasil yang lumayan.

Wahai pembaca sekalian. Sedarlah bahawa allah itu maha penyayang. Allah tidak akan membebankan kamu dengan apa yang kamu  tidak mampu. Sedarlah bahawa disetiap kesusahan itu ada kemudahan. Ujian yang paling besar adalah ketika kita tidak merasakan ujian daripada Allah. Boleh jadi kamu membenci sesuatu  padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia amat buruk bagi kamu.

p/s captainqudwah bukan lah seorang insane yang baik, alim atau seumpamnya. Captainqudwah merupakan insane biasa yang ingin menjadi luar biasa dengan cara berubah. Jadi tegurlah saya. Terima kasih kerana membaca…

 

One response to this post.

  1. p/s captainqudwah bukan lah seorang insane yang baik, alim atau seumpamnya. Captainqudwah merupakan insane biasa yang ingin menjadi luar biasa dengan cara berubah. Jadi tegurlah saya. Terima kasih kerana membaca…

    pada diri ini,. captain qudwah adalah seorang insan yang berwibawa yang mampu menjadi seorang amirul mukminin dan dpt mendidik jiwa2 ummah ke arah kebaikan. insya-Allah.. amin🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: