antara batu dan bunga raya

bismillahhirrahmannirrahim… alhamdulillah… pertama sekali dan buat selama-lamanya marilah kita bersyukur kepada allah atas segala nikmat kurniaannya yang tidak terhingga. hati tertarik untuk menulis tentang tajuk ini untuk kita membuka minda agar berfikir dengan lebih kreatif. jadilah seseorang yang menyumbangkan idea untuk melakukan sesuatu.. jangan hanya menjadi seperti lembu dicucuk hidung.

baiklah, apabila kita mendapat pilihan antara batu dan bunga raya, secara logiknya ramai akan memilih bunga raya kerana keindahan dan kecantikan ciptaan tuhan telah menarik minat kita untuk memilihnya. lazimnya kita akan memandang sebelah mata sahaja kehadiran batudi sekeliling kita dan yang lebih teruk lagi ada yang tidak sedar akan kehadiran batu. batu dan bunga raya ciptaan yang esa mempunyai fizikal yang jauh berbeza. batu sering diketepikan dalam kehidupan.

cuba kita bayangkan kita sedang berada di taman bunga. disekeliling kita dipenuhi dengan bunga raya yang mekar kembang mengindahkan mata menenangkan jiwa. mata kita hanya tertumpu kepada keindahan alam ini. kita tidak sedar akan kehadiran sesuatu yang kurang indah tetapi tidak kurang pentingnya iaitu tanah dan batu. tanpa tanah dahn batuan ini, tiadalah pokok tersebut maka tiadalah bunga raya yang segar kembang.

hendak dijadikan cerita, saat kita sedang menikmati keindahan alam ini, tiba-tiba datang seekor anjing liar. anjing itu menyerang kita. apakan tindakan kita??? jika lari pasti akan dikejar lantas digigit anjing tersebut. hurm… tindakan yang palin mudah untuk dilakukan untuk menyelamatkan diri ialah, kita akan mencapai batu lantas melontarkannya kepada anjing tersebut. ketika itu bunga raya sudah tidak bermakna dalam hidup kita… hanya yang penting ialah batu yang digunakan untuk menyelamatkan diri.

wahai pembaca sekalian. sedarlah bahawa perkara yang kecil itu mampu memberi impak yang besar dalam hidup kita seperti menyusun kasut di hadapan rumah. mungkin menyusun kasut ini diaanggap mudah namun ia memberi pandangan yang positif oleh agama lain. ayuh berrubah janganlah rebah. ingat. sesuatu yang kita anggap tidak penting itu sebenarnya amat bermakna.

ketika saya menyampaikan artikal ini kepada sahabat saya, dia bertanya kenapa bunga raya? hurm.. mengapa yerk?? cuba kita bayangkan bunga raya tersebut merupakan negara kita dan batu tersebut merupakan palestin. cuba kaitkan cerita diatas dengan keadaan dua buah negara ini. fikir yang positif untuk menjadi proaktif.

sekian dahulu. mohon maaf… assalamualaikum…

%d bloggers like this: