pinjam baju boleh tak?

Pinjam baju boleh tak?

Bismillahhirrahmannirahim. Bola sepak merupakan  permainan utama di Malaysia dan dunia. Boleh dikatakan semua lelaki di Negara kita pandai bermain bola sepak. Siapa yang tidak pandai bermain bola sepak akan digelar kaki bangku dan akan menjadi bahan tawa rakan-rakan. Namun demikian di kampus Sekolah Dato’ Abdul Razak, bola sepak  tidak menjadi permainan utama di sini. Hanya sekelompok kecil sahaja yang menjadikan bola sepak  sebagai permainan utama bagi diri mereka. Hal ini kerana ragbi menjadi permainan yang paling popular dan menjadi kemegahan SDARIAN. Walaupun permainan ini agak lasak, hampir semua pelajar SDAR boleh bermain permainan ini.

Coretan kali ini bukanlah bertujuan untuk bercerita tentang permainan ini tetapi ingin bercerita tentang pakaian yang kita gunakan untuk bermain permainan yang lasak ini. Pakaian yang digunakan untuk bermain ragbi lazimnya diperbuat daripada kain yang tahan lasak. Namun demikian, di SDAR pakaian tidak menjadi penghalang. Tshirt sukan biasa pun boleh dipakai semasa latihan. Biasanya mereka akan berpakaian yang mempunyai warna yang sama. Jika pemain tidak mempunyai baju tersebut, mereka akan  meminjam pakaian yang diperlukan daripada rakan-rakan yang tersayang. Sudah menjadi lumrah sebagai seorang pelajar berasrama penuh, satu baju untuk semua dan semua baju untuk satu. Perkara ini akan menjadi kenangan terindah  sepanjang 5 tahun bersama.

Apabila teringatkan perkara ini, hati mula tertarik untuk mencoretkan sesuatu sebagai renungan kita bersama. Seorang pemilik baju ini telah meminjamkan sehelai baju kepada 3 orang peminjam. Orang pertama yang meminjam baju tersebut memakai baju dengan cermat. Beliau menjaga baju tersebut sebaik mungkin. Setelah sudah memakai baju tersebut, peminjam tersebut membasuhnya lalu memulangkan kepada tuannya. Jadi tuannya akan menyimpan baju tersebut sebaik mungkin.

Kemudian datang peminjam kedua, beliau meminjam baju yang sama untuk berlatih bermain ragbi. Setelah sudah menggunakannya, peminjam kedua tidak sempat membasuh baju tersebut. Beliau terus memulangkan baju tersebut kepada tuannya. Jadi tuannya perlu mambasuh dahulu sebelum menyimpannya. Setelah bersih wangi dan berseri, beliau menyimpan baju tersebut sebaik mungkin.

Kemudian datang peminjam ketiga ingin meminjam baju yang sama. Tuan baju ini memberinya dengan  kerelaan hati. Namun malang tidak berbau. Semasa peminjam ketiga ini berlatih, baju tersebut telah ditarik dengan rakus sekali mengakibatkan baju tersebut koyak rabak. Setelah itu, peminjam ketiga memulangkan baju itu kepada tuannya. Tuannya lantas membuang baju tersebut kedalam tong sampah.

Cuba kita kaitkan kisah ini dalam kehidupan seharian kita.  Bukan tanggung jawab sebagai seorang peminjam dan orang yang member I pinjam yang ingin saya sampaikan tetapi ingin saya kaitkan kisah ini dengan Allah yang telah meminjamkan kita kedunia.

Allah telah menjadikan kita di dunia dalam keadaan suci. Jika kita kembali kepada Allah dalam keadaan bersih dan suci, Allah akan menyimpan kita di dalam tempan yang terbaik iaitu syurga yang hakiki.

Namun jikakita lahir dalam keadaan suci tetapi kembali kepada Allah dalam keadaan kotor, Allah akan membasuh kita. Tetapi bukannya membasuh dengan air sebaliknya membasuh kita dengan siksaan api neraka. Setelah selesai hukuman Allah akan menyimpan kita di dalam syurga.

Cuba kita bayangkan kita diciptakan dalam keadaan suci kemudian kembali kepada pencipta kita dalam keadaan rosak hancur. Tidak sempat bertaubat. Sudah pasti kita akan dibuang oleh Allah kedalam api neraka buat selama-lamanya.

Jadi sekarang ini terpulang kepada kita untuk memilih jalan pulang kita. Adakan kita mahi disimpan oleh Allah ke dalam tempat yang terbaik atau kita mahu dibasuh dahulu atau mungkin kita ingin pulang kepada Allah lantas dibuangNya ke dalam neraka buat selama-lamanya. Tepuk dada Tanya iman. Pilihan di tangan anda. Anda yang menentukan kesudahan hidup anda.

 

 

 

 

 

 

4 responses to this post.

  1. Posted by haiqal on 28/06/2011 at 09:52

    bang saya rasa macam sme cm pinggan tu jew….but i still with this usrah

    Reply

  2. nice one🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: