aku tak layak

aku tak layak. itulah yang menjadi antara ayat yang selalu diungkapkan oleh insan di muka bumi tuhan ini. kenapa kita lafazkan ayat ini? jawapannya mudah. kita tak yakin dengan diri sendiri. tetapi adakah alasan itu sudah kukuh untuk kita lari daripada tanggungjawab sebagai seorang muslim?

sedar atau tidak. frasa aku tidak layak adalah satu frasa daripada syaitan. seseorang akan merasakan dirinya tidak layak untuk memikul satu tugasan kerana dirinya telah dihasut syaitan. cuba kita bayangkan, seorang dai’e yang baru hendak berkecimpung dalam dunia dakwah. pasti akan banyak ujian yang datang melanda. sebagai contoh, orang lain akan mempetikaikan dirinya kerana latar belang kehidupannya. mungkin dulu dai’e tersebut seorang yang sama seperti pemuda lain yang suka membuang masa. oleh itu dai’e tersebut akan merasakan dirinya tidak layak.

adakah kita layak untuk berdakwah jika latar belakang kita yang kurang ciri-ciri islam? jawapannya layak. apa yang penting ialah kita berusha untuk berubah. ingatlah perubahan itu berat dan perlukan pengorbanan. pengorbanan perlukan kesabaran. allah bersama orang yang sabar. umat islam tidak akan jatuh kedalam lubang yang sama sebanyak dua kali. semua umat islam wajib berdakwah untuk menegakkan kalimah ALLAH.

frasa aku tak layak dari syaitan. jika dai’e tersebut kalah dengan frasa ini, dia akan berhenti untuk berdakwah sedangkan dakwah itu wajib keatas umat islam. dakwah dan tarbiyah dulu kini dan selamanya. janganlah kita tunduk dengan hasutan syaitan keran syaitan sangat licik dan sentiasa menghasut kita untuk melakukan kemungkaran.

jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. kalau bukan kita siapa lagi dan kalau buka sekarang, bila lagi. sedarlah kita adalah pembela melayu dan umat islam.

-CQ-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: