anak kecil itu

ANAK KECIL ITU

“Anak-anak adalah permata ayah bonda 
Penghibur duka lara, menyejukkan mata
Ibarat kain putih yang suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya “

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti mahukan cahaya mata sebagai penyeri hidup. Kehadiran seorang cahaya mata mampu membahagiakan bukan sahaja pasangan suami isteri tetapi keseluruhan seisi keluarga baik bagi pihak lelaki mahupun perempuan. Kehadiran anak dikatakan bukti cinta suci dan rahmat dari illahi.

Namun demikian, CAPTAINQUDWAH berasa kasihan terhadap anak kecil ini kerana kehadiran bayi comel ini sering menjadi alas an untuk ibu bapa mengurangkan amalan mereka seharian. Tidak percaya? Cuba kita lihat pasangan yang mendapat cahaya mata. Apabila diajak mereka ini untuk pergi solat berjemaah di masjid, mereka ini akan member alasan anak masih kecil. Tidak mahu anak-anak ini mengganggu jemaah lain. Tambahan pula anak ini maseh memakai lampin. Takut mencemarkan tempat ibadat. Sebenarnya tidak disuruh pun membawa anak kecil ini ke dalam ruangan solat kan.

Jika diajak pasangan yang mempunyai anak kecil untuk ke majlis-majlis ilmu di dataran atau sebagainya, mereka pasti memberi  alasan takut anak-anak demam kerena keluar di malam hari. Sejuk katanya. Lagipun orang tua-tua melarang membawa anak kecil keluar di waktu malam kerana akan diganggu makhluk halus. Tetapi sedarlah jika kita membantu agama Allah, Allah pasti akan bantu kita. Allah pasti akan melindungi kita dari sebarang kecelakaan.

Hati semakin sedih melihat terdapat segelintir ibu bapa sanggup mengusung trolley anak mereka untuk sama-sama menyaksikan konsert jom heboh. Sanggup melindungi kepala anak mereka dengan surat khabar semasa terik mentari semata-mata tidak mehu melepaskan peluang jualan murah. Sanggup menggendong anak kecil untuk meneman suami menyaksikan perlawanan bola sepak.

Persoalan yang timbul, mengapa anak kecil yang tidak berdosa ini dijadikan penghalang untuk kita melakukan ibadah tambahan tetapi tidah menjadi penghalang pula untuk kita melakukan perkara terlarang. Jadi ini semua salah siapa? Tepuk dada Tanyalah iman. Apa yang penting kita tahu, mahu dan lakukan. Anda mampu mengubahnya. Mohon maaf… assalamualaikum.

One response to this post.

  1. Posted by Ummi :) on 21/07/2011 at 11:08

    She’s pregnant😀

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: