sangka baik

seorang wanita dan suaminya telah berpindah ke sebuah taman perumahan di seremban. baru seminggu berpindah, perempuan tersebut diserang satu penyakit aneh. oleh kerana suaminya ke jepun atas urusan kerja, dia telah membuat keputusan untuk berjumpa bomoh di kesang. berikut adalah butir-butir perbualan antara wanita tersebut dengan bomoh yang sangat populat itu…

wanita-boleh tak tok bomoh tolong sembuhkan penyakit saya ini. saya rasa saya telah dianiaya oleh jiran depan rumah saya. mungkin dia cemburu kerana kami suami isteri hidup bahagia. tidak seperti mereka yang selalu bergaduh.

bomoh- astaghfirullahhalazim…. tak baik kamu buruk sangka. hmm… nah ambil air penawar. minum sebelum tidur. insyallah kamu akan sembuh.

keesokan harinya berkat usahanya, penyakit wanita itu telah sembuh. seminggu selepas itu, dia diserang penyakit kulit pula. suaminya akan pulang dalam 2 hari lagi. tanpa berfikir panjang, dia terus pergi berjumpa dengan bomoh tersebut.

wanita- tok bomoh. tolong saya. ni mesti kerja jiran sebelah rumah saya. dia marah saya sebab saya parking kereta di depan rumah dia. tolong bagi saya penawar.

bomoh- astaghfirullahhalazim… tak baik buruk sangka. nah air ini. mandi sebelum tidur. insyallah sembuh.

wanita tersebut pulang dalam keadaan yang insaf. dia berazam untuk tidak buruk sangka lagi. wanita tersebut telah sembuh selepas mandi dengan air tersebut.

beberapa hari selepas itu, suaminya pulang. dia sangat gembira. namun kegembiraan itu tidak kekal lama. tiga minggu selepas kepulangan suaminya, dirinya ditimpa malang. dia diserang penyakit lagi. penyakit muntah-muntah pula. tanpa berlengah, dia mengajak suaminya untuk berjumpa dengah bomoh tersebut.

wanita- tok bomoh. tolong saya. saya muntah-muntah. kali ini saya tidak mahu berburuk sangka. tolong beri saya penawar.

bomoh- puan. ni kes berat. saya tiada penawar. ini pasti  suami puan punya kerja. saya tidak dapat bantu.

wanita itu hairan kerana bomoh yang selalu berbaik sangka ini telah berburuk sangka terhadap suami sesayangannya.

suami wanita tersebut sangat terkejut. pada mulanya dia ingin marah bomoh tersebut kerana memfitnah dia namun akhirnya tersenyum. mengapa???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: