hargai masa

bismillahhirahmanirahim… alhamdulillah ALLAH masih memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sesuatu setelah hampir 20 hari tidak post sesuatu di sini… mungkin kerana kesibukan sebagai part time student dan full time daie. baiklah. dalam coretan yang ringkas ini, saya ingin berkomgsi sesuatu agar kita dapat mengubah diri kita untuk lebih menghargai masa.

setiap orang dikurniakan oleh allah 24 jam dalam sehari tetapi berapa banyak masa kita gunakan untuk jalan dakwah untuk mengejar redha allah??? muhasabah diri. kita ini terlalu banyak buang masa dengan perkara-perkara yang lagha… berapa ramai dari kita yang berfikir tentang dakwah??? terlampau kurang. alasan mereka ialah mereka tiada masa untuk berdakwah. lebih malang lagi mereka meninggalkan wasilah tarbiyah seperti usrah dengan alasan kekangan masa. mungkin sibuk study sampai tak sempat nak berdakwah dan di tarbiyah. kita sepatutnya mengutamakan tarbiyah seperti kata-kata seorang ulama indonesia. 10 perkara yang paling perlu diutamakan ialah pertama tarbiyah, kedua tarbiyah, ketiga tarbiyah, keempat tarbiyah, kelima tarbiyah keenam tarbiyah, ketujuh tarbiyah, kelapan tarbuyah, kesembilan tarbiyah dan kesepuluh ianlah tarbiyah. ini menunjukkan bertapa pentingnya kita berkorban untuk mendapatkan tarbiyah. saya tidak menghalang untuk anda study tetapi utamakan lah tarbiyah dan dakwah… sesungguhnya dakwah dan tarbiyah dulu kini dan selamanya… jika kamu ingin mengejar dunia, mahu dengan ilmu, jika kamu ingin mengejar akhirat juga mesti dengan ilmu. jika mahu kedua-duanya juga dengan ilmu.

jadi gunakanlah masa kita sepenuhnya dengan dakwah. jangan jadikan kerja dunia sebagai penghalang kita berdakwah. ingatlah, dakwah tanpa tarbiyah itu sesat dan tarbiyah tanpa dakwah itu mandul… tiada masa untuk berpangku tangan. sebenarnya semakin kita memenuhkan masa kita dengan dakwah, semakin kita pandai menghargai masa. kami ini bukan jemaah malaikat jadi lumrah bagi kami melakukan kesalahan. mohon maaf. sekian…

p/s ini bukan agenda kammi tetapi agenda nabi, kami hanya penerus tradisi agar diredhai ilahi, smoga kita ditempatkan di syurga tertinggi bersama para nabi….amin….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: