puas hati?

assalamualaikum… akhirnya ada juga ruang untuk captainqudwah mencoretkan sesuatu dalam kesibukan sebagai seorang pelajar di sekolah berperestasi tinggi yang lebih mengagung-agungkan kejayaan duniawi bukannya rohani yang menjadi asas seseorang hamba illahi. jadi pada hari ini saya ingin mencoretkan sesuatu tentang ‘puas hati?’

jika anda membaca tajuk ini, bacalah dengan nada dan intonasi yang betul kerana jika tersalah nada membawa maksud yang berbeza ibarat langit dan bumi. tajuk ini akan merungkaikan tentang seseorang yang berpuas hati tentang hasil seni yang dihasilkan bukannya pergaduhan sesama sendiri.

di sebuah kawasan terdapat seorang tukang membuat labu sayung. labu sayung yang dihasilkan sangat cantik dan berkualiti. hasil seninya menjadi kebanggaan masyarakat kampungnya. lebih membanggakan, dalam ramai-ramai penduduk kampunt tersebut, hanya beliau seorang sahaja yang mahir menghasilkan labu sayung. satu beliau amat berpuas hati kerang berjaya menghasilakn labu sayung tersebut.

pada suatu hari, dia terbaca iklan di dada akhbar. sebuah pameran hasil seni akan diadakan di bandar. orang kampung memberi semangat agar beliau menyertai pameran tersebut. beliau sungguh bersemangat dan sangat yakin hasil seni beliau akan dipamerkan dalam pameran tersebut. beliaupun berusaha dalam masa 3 bulan untuk menghasilkan satu karya seni yang paling cantik yang beliau pernah hasilkan. apabila genap satu bulan, sebuah labu sayung berjaya dihasilkan. beliau amat berpuas hati dengan karyanya itu. orang kampung memuji beliau.

pada hari pendaftaran, raman ahli seni ingin menyertai pameran tersebut. mereka perlu bersaing untuk mendapat tempat bagi mempamerkan karya masing-masing.  mereka mempersembahkan hasil seni mereka di hadapan juri untuk dinilai.  hanya 30 hasil terbaik akan diberikan penghormatan untuk mempamerkan hasil seni mereka.

setelah habis semua persembahan, juri membuat keputusan. mereka amat berdebar-debar untuk menunggu keputusan. jadi keputusan diumumkan. namun demikian malang buat si pembuat labu sayung tersebut. beliau tidak terpilih untuk menyertai pameran itu. beliau amat sedih.

oleh kerana kurang berpuas hati dengan keputusan juri, beliau berjumpa dengan ketua juri. bukan bertujuan untuk bergaduh atau bertegang urat, beliau hanya ingin mendapatkan sedikit penjelasan. kata ketua juri tersebut, hasil seni beliau cantik dan berkualiti tetapi masih ada yang lebih baik dari itu. oleh itu kamu perlu mempertingkatkan lagi usaha anda. jangan cepat berpuas hati dengan apa yang telah dihasilkan.

wahai para pembaca, cuba kita bayangkan amalan pahala yang kita pernah lakukan. kadang-kadang kita merasa puas dengan pahala yang kita telah lakukan. mungkin ada antara kita yang sudah cukup yakin untuk memasuki syurga allah. sebenarnya, jika telah berpuas hati dengan amalan kita, itu bermakna kita perlu menambah lagi amalan kita kerana kita belum mencapai tahap pahala yang tertinggi. jadi jangan cepat berpuas hati dengan amalan kita. tingkatkan amalan umpama kita tidak pernah membuat pahala.

jika kamu merasakan kamu kurang amalan, maka perbanyakkanlah amalan. jika kamu merasakan kamu sudah banyak amalan, maka bandingkan diri kamu dengan ulama, nabi dan para sahabat. jadi, kita janganlah cepat merasa puas dengan amalan pahala yang kita telah lakukan kerana masih banyak ruang yang kita perlu diperbaiki. renung-renungkan.semoga kita berjumpa di syurga nanti. insyaallah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: