stepler dan kertas

alhamdulillah. peperiksaan percubaan spm telah bermula. itu tandanye masa semakin sempit. banyak masa perlu digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. namun demikian, kesibukan ini tidak menghalang captainqudwah untuk terus berdakwah menegakkan kalimah allah. dalam minggu peperiksaan sempat lagi saya menyertai beberapa program dakwah bersama ikhwah-ikhwah dan pasti semua itu kenangan indah yang akan disimpan dalam memori ingatan. penulisan merupakan salah satu cara untuk berdakwah jadi saya akan menggunakan medium ini untuk terus menulis idea2 yang terlintas di minda ilham yang maha esa.

ada beberapa orang rakan bertanya kepada saya. ‘syaiful, awak tidak takutkah dengan spm? saya lihat anda ini sibuk dengan kerja-kerja badar sampai saya lihat anda tiada masa untuk belajar.

jawapan saya amat mudah. memetik firman allah dalam al-quran, jika kamu menolong agama allah, nescaya allah akan membantu kamu.namaun demikian, dalam masa yang sama, kita perlu ingat, jika kamu menempah satu jalan untuk mencari ilmu, allah akan memudahkan jalanmu ke syurga. bagi saya bukan kejayaan spm semata-mata yang dikejarkan tetapi keredhaan allah itu yang utama. 10 subjek itu merupakan ilmu yang mesti dipelajari tetapi apa yang paling utama adalah tarbiyah. utamakan apa yang utama. jangan jadikan perkara yang minor mengganggu perkara yang major.

panjang pula mukadimah untuk post kali ini. baiklah. berbalik kepada topik asal kita iaitu stepler dan kertas. apa kaitan antara dua alat tulis ini? adakan perlu dimasukkan dalam lejar dalam prinsip akaun atau hanya digunakan untuk stepler kertas kajang yang digunakan agar tidak terbang di tiup angin? jadi teruskan membaca untuk mengetahui walaupun saya tahu penduduk maalysia ini purata hanya akan membaca 1 mukasurat dalam masa setahun.

di sebuah kampung ada 2 orang sahabat. mereka berkawan baik. kedua-dua mereka mempunyai perwatakan yang berbeza yang saling melengkapi antara satu sama lain. mereka diberi nama ali dan abu.

ali seorang pemuda yang pendiam. namun demikian, diam-diam ubi berisi. ali kaya dengan ilmu agama. dia sering berkongsi ilmu tersebut dengan rakan-rakannya. cara ali menasihati rakan-rakanya dengan penuh hemah bukannya dengan nafsu amarah ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.

abu pula seorang yang peramah. dia sering bergaul dengan rakan-rakan. bergurau senda, bergelak ketawa. namun demikian, dalah kegembiraan itu, abu sering berlebih-lebihan sehinggakan mengguris perasaan rakan-rakannya. tetapi satu sikap yang perlu dicontohi daripada abu ialah dia akan memohon maaf jika tersedar akan kesalahannya.

ali kurang senang dengan perangai abu yang sering menyakiti hati temannya. oleh kerana ali terlalu sayang kepada abu, ali menasihati abu tetapi ali tidak menegurnya terus kerana takut abi akan kecil hati lantas merosakkan hubungan persahabatan mereka.

suatu hari, ali berjumpa abu di perpustakaan, ketika itu abu sedang mentelaah pelajaran. ali duduk dihadapan abu lantas menghuluurkan sehelai kertas a4 berwarna pink dan stepler.

‘abu, ana sayang enta. ana banyak dengar orang mengadu tentang diri enta. ana dengar enta selalu buat orang terasa. mungkin cara gurauan enta itu x kena tempat. namun, ana kagum dengan enta sebab enta dapat merendahkan ego enta untuk meminta maaf. baiklah, enta ambil kertas dan stepler ini, sekali enta mengguris hati rakan-rakan enta, enta perlu stepler sekali di kertas ini. selepas minta maaf, enta cabut balik stepler tadi.

‘orite’ jawab abu ringkas sambil tersenyum.

setelah sebulan, ali meminta kertas tadi daripada abu. mereka berdua duduk di bawah pokok ketapang. lalu ali bersuara. ‘wahai abu, lihat kertas ini. banyak sangat kesan lubang namun tiada satupun rakan yang enta tidak minta maaf daripada mereka. tahnian abu. namun demikian, kesan daripada perbuatan enta itu masih ada,. mereka mungkin dapat memaafkan enta tetapi syaitan akan terus meneyai api dendam. dendam akan terus tersemat dalam hati manusia kerana adanya hasutan syaitan’

wahai abu, ingatlah. berbuat baiklah kepada semua insan. buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. minta maaf itu perbuatan yang mulia tetapi lebih mulia jika kita tidak perlu terpaksa untuk meminta maaf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: