iftar perdana vs fakir miskin

bismillahhirrahmanirrahim. lahamdulillah… ramadhan hampir ke penghujungnya… sedih hati ini ingin mengatakan sayonara san melambaikan tangan kepada bulan yang mulia ini. rasanya masih segala amalan masih belum sempurna. masih banyak yang perlu ditingkatkan. dari segi solat sunat, tarawih, qiamulail,  sedekah, ajak orang berbuka puasa dan banyak lagi. alhamdulillah, ramadhan kali ini ana telah berkunjung ke rumah fauzan fuad 3 hari 2 malam, rumah irsyad haris untuk berbuka puasa, rumah isma seremban dan kini berada di rumah saudara hasif di muar johor. ramai orang pelik kenapa ana ini suka sangat pergi ke rumah orang. bagi ana ini merupakan satu cara untuk kita merapatkan hubungan silaturahim sesama kita. nabi dahulupun berziarah ke rumah sahabatnya. itulah sebabnya dalam silibus pendidikan islam kementerian pelajaran malaysia kita di suruh belajar adab beerziarah dan adab melayan tetamu. alhamdulillah, semua rumah yang ana pergi telah memberi layanan yang baik kepada ana. mungkin ana yang kurang sopan di rumah antum.

ramadhan semakin ke kemuncaknya. semakin banyak program iftar perdana yang dianjurkan. iftar dorm, iftar badan beruniform, iftar organisasi, iftar untuk merayakan anak yatim dan fakir miskin, iftar bersama menteri, iftar di masjid-masjid dan banyak lagi. itulah yang berlaku bukan sahaja di malaysia, tetapi di seluruh dunia.

apakan tujuan berpuasa? ada yang cakap puasa ini untuk kurus. ada yang cakap puasa ini untuk cantik kerana ada kajian mengatakan seseorang yang berpuasa itu akan kelihatan lebh cantik. ada yang cakap puasa ini untuk sihat kerana kajian membuktikan bahawa 90% penyakit ber[unca daripada makanan yang kita makan. ada yang cakap puasa ini untuk berjimat dan mengenang kesusahan saudara kita yang susah samaada dalam mahupun luar negara. namun demikian sejauh manakah puasa ini dapat menjadikan kita sedemikian?

cuba kita renungkan diri kita. puasa ini kita lebih berjimat atau menjadi lebih boros? puasa di malaysia umpama pesta makanan. lihat sahajalah kebanjiran bazar ramadhan umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. sangat banyak sedangkan secara logiknya puasa ini umpama bulan mengurangkan makan tetapi mengapa banyak pula gerai makanan yang dibuka dan menunya sangat berbeza dan mampu membuka selera. captainqudwah mendapat satu idea. puasa ini mengurangkan makanatau menangguhkan makan. fikir-fikirkanlah.

bercakap mengenai iftar, captainqudwah menyanjung tinggi budi baik kalian menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa kerana hadis nabi, sesiapa yang menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa. tetapi janganlah sampai membazir kerana membazir itu amalan syaitan. bulan puasa ini tiada syaitan jadi membazir itu amalan kitalah. siapa setuju? sebenarnya memang benar syaitan telah diikat tetapi sepanjang 11 bulan syaitan telah menjadi sahabat kita yang paling rapat sehinggakan dapat membuatkan kita meniru mereka untuk sebulan ini. pesanan ana, berjimatlah dalam perbelanjaan supaya kita yang senang ini dapat merasakan kesusahan orang susah. jangan jadikan apa yang kita ada sebagai sesuatu yang menjauhkan diri daripada yang maha esa. sebelum terlupa, kajian menunjukkan, sisa makana meningkat sebanyak 2 kali ganda pada bulan ramadhan berbanding bulan biasda membuktikan pembaziran berlaku.

akhir kalam cuba kita renungkan satu lirik yang telah diadaptasa, bila tiba hari raya, semua syaitan bergembira, melihat manusia, yang kononnya mulia, hampir sama dengan mereka. jadi marilah kita sama-sama buat syaitan frust menonggeng, menangis tak berlagu dan melalak meraung pada syawal ini.

p/s hari yang terbaik nak bagi duit raya ialah sebelum buka puasa 29 ramadhan tahun ini sebab anda akan dapat pahala sedekah bulan puasa jika anda berniat untuk sedekah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: