syaitan terlepas nafsu mengganas manusia terbabas

alhamdulillah telah sempurna 29 hari puasa dalam bulan ramadhan tahun 1432 hijrah ini. sejauh manakah amalan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya atau sama atau mungkin bertambah teruk? tepuk dada jangan tanya selera kera selera kita kini sudah dikuasai syaitan tetapi tanyalah iman kita. seharusnya kita menjadikan bunan ramadhan ini sebagai batu loncatan untuk kita melakukan tranformasi memperbaiki diri memperelok peribadi menjadi abdi kepada allah rabbul izzati.

sebulan telah berlalu sebagai madrasah tarbiyah membentuk peribadi muslim. sedar atau tidak sebulan kita telah berlatih untuk menjadi jujur. jika kita masuk ke dalam bilik air untuk membuang air atau mandi, kita boleh minum secara sembunyi. tiada siapa pun yang tahu. tetapi kita tidak berbuat demikian kerana kita ingin patuh kepada perintah allah dan jujur dengan diri sendiri.

sebulan ini juga kita berlatih untuk menahan nafsu kita. ada makanan dan minuman di depan mata tetapi kita tidak makan sebab kita taat dengan perintah allah. ada suami atau isteri yang halal di depan mata tetapi kita tidak bersama mereka pada siang hari bulan ramadhan kerana menahan nafsu mentaati perintah allah.

puasa menggalakkan kita membaca al-quran. ramai umat islam yang berazam ingin khatam al-quran dalam bulan ramadhandan alhamdulillah ramai berjaya mencapai misi tersebut.

puasa melatih kita untuk pergi berjemaah di masjid atau surau. setiap kali solat, saf yang ada dipenuhi oleh umat islam yang berkesempatan. banyak pula program iktikaf di masjid-masjid. kalau dahulu tempat ibadat ada had masa namun di bulan ramadhan, 24 jam.

ramadhan menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. apabila di ajak berdating, tidak boleh katanya. menghormati bulan ramadhan.

aman menyedihkan kerana semua itu hanya berlaku dalam bulan ramadhan sahaja. apa yang menyedihkan captainqudwah ialah apabila tibanya syawal, syaitan terlepas, nafsu mengganas, manusia terbabas. manusia tidak lagi jujur dalam kehidupan. banyak kes penipuan, rasuah dan pecah amanah berlaku. syawal tiba nafsu menguasai diri. jika dahulu kita dilarang makan tetapi kini selagi ada ruang di perut mahu kita penuhkan dengan makanan. pantang jumpa pasti makan. syawal tiba al-quran mula menjadi hiasan. setiap minggu perlu disapu habuknya. apabila diselak lembarannya pasti akan mendatangkan bersin. adakah al-quran hanya dibacakan dalam bulan ramadhan sahaja? masjid-masjid mula sepi. tiada lagi muda mudi menjadi penyeri. mungkin bagi mereka solat terawih itu lebih penting untuk berjemaah berbanding solat fardhu. anak-anak yatim kembali yatim untuk 11 bulan berikutnya. tiada lagi majlis makan-makan bersama mereka. pakaian untuk hari raya usah cakaplah. pasti ada anak gadis yang ingin berjimat dengan memakai baju yang tidak cukup kain dan benang. hubungan bebas antara lelaki dan wanita di sini sana. itulah kesannya apabila ramadhan dijadikan budaya bukanya dari dalam jiwa. ingatlah bahawa allah yang memerhatikan kita semasa bulan ramadhan dan bulan-bulan lain merupakan allah yang sama. tiada yang kedua. jadi istiqamahkan ibadah anda.

di kesempatan ini captainqudwah ingin memohon maaf andai ada tersalah kata terlanjur bicara terkasar di mana-mana. captainqudwah juga manusia biasa yang tidak sempurna dan banyak cacat cela. mohon maaf. assalamualaikum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: