penyakit umat islam

islam merupakan agama yang mudah. tiada sesuatu yang lebih mudah melainkan agama yang indah ini. namun demikian masik ada lagi penyakit yang membelenggu umat islam masa kini iaitu penyakit munafik. munafik bermaksud Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah.

antara ciri-ciri manusia yang munafik ialah:-

* mereka yang imannya tidak tetap

* menjadikan orang kafir sebagai teman rapat

*menipu agama allah

*tidak tetap pendirian

* bermain-main apabila membaca dan mendengar ayat al-quran

* mementingkan diri sendiri lebih daripada agama

* malas dan tidak serius ketika menunaikan solat

*tidak banyak mengingati allah

allah menjanjikan balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan sepanjang hidup di dunia ini. antara balasannya ialah:-

* allah menjanjikan khabar ‘gembira’ buat mereka iaitu azab yang pedih

* allah mengumpulkan orang munafik dan orang kafir bersama-sama dalam neraka

* mereka tiada penolong selama-lamanya

setiap penyakit pasti ada penawarnya. sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat. namun sebagai manusia yang tidak maksum, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. oleh itu, terdapat beberapa cara untuk merawat penyakit munafik ini. antaranya ialah:-

* bertaubat memohon ampun daripada allah

* mengislahkan diri ( mempeerbaiki diri)

* berpegang teguh dengan agama allah

* ikhlaskan hati untuk agama

 

sekian dahulu untuk kali ini. semua ini merupakan perbincangan dengan ikhwah2 berdasarkan firman allah dalam surah an-nisa ayat 136-146.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: