kuih-kuih malaysia

dedikasi khas buat bakal isteri-isteriku, isteri-isteri sahabatku, ummi kepada anak-anakku, ibu kepada anak-anak, makcik kepada anak-anak buah mereka, mamaku, adik beradikku, makcik-makcikku,sepupuku, golongan yang dicipta dari rusuk kiri adam, golongan yang diwajibkan menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, golongan yang menjadi fitnah terbesar bagi kaum adam, golongan yang mampu melahirkan zuriat iaitu anak adam atau lebih mudah adalah muslimah.

malaysia merupakan negara yang terkenal dengan makanan. boleh dikatakan semua makanan yang dicari pasti terdapat di negara ini. oleh itu pada artikel kali ini captainqudwah ingin berkongsi pendapat tentang kuih-kuih.

apakah perbezaan antara kuih murah dan kuih mahal?

• kuih yang mahal lebih berkualiti berbanding kuih yang murah

•kuih yang mahal lebih sedap berbanding kuih yang murah

•kuih yang mahal lebih bersih berbanding kuih yang murah

•kuih yang mahal lebih teliti penyediaannya berbanding kuih yang murah

•kuih yang mahal dibungkus dalam bungkusan yang kemas manakala kuih yang murah terdedah pada debu dan asap serta segala kotoran

•kuih yang mahal sukar dipegang tetapi kuih yang murah mudah dipegang

•kuih yang mahal  mudah diangkat tetapi kuih yang murah mudah diangkat dan diletak

•kuih yang mahal lebih dilindungi berbanding kuih yang murah

•kuih yang mahal sukar diperoleh berbanding kuih yang murah

para pembaca yang dirahmati allah sekalian, cuba tukarkan perkataan kuih dengan perkataan ‘wanita’ atau ‘perempuan’. fikir-fikirkanlah perkaitan antara perkara tersebut.

allah berfirman dalam surah an-nurayat ke 26 yang bermaksud, (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

wahai insan yang didedikasikan artikel ini, tidah perlulah anda mendedahkan segala kecantikan yang anda miliki untuk dinikmati oleh semua lelaki, cukuplah untuk insan bernama suami. captainqudwah pernah bertemu dengan seorang pemuda lelaki yang mengusung seorang ‘betina’ lalu cq bertanya “adakah anda mahu menjadikan wanita tersebut sebagai isteri?” lalu dia menjawab. “perempuan itu hanya layak untuk dijadikan keseronokan, apabila habis madu sepahpun dibuang. buat apa simpan lama-lama.”

sedarlah wahai kaum hawa bahawa wanita idaman lelaki ialah wanita yang berbudi pekerti murni. sejahat-jahat lelakipun masih lagi mahu memperisteri seorang gadis sunti yang masih suci. wallahuaalam…

4 responses to this post.

  1. Posted by seri on 26/10/2011 at 12:03

    bermakna semua lelaki tidak boleh dipercayailah ye??

    Reply

  2. terkedu apabila baca komen ni… hmm… kalau semua lelaki tak boleh dipercayai, bagaimana dengan bapa kita? lumrah manusia ingin sesuatu yang paling baik untuk diri sendiri walaupun diri sendiri tidak layak untuk menerima yang terbaik itu… apa yang penting kita perbaiki diri… apa yang terjadi seterusnya biarlah ditentukan illahi..
    .

    Reply

  3. Posted by sayaanakabah on 29/10/2011 at 06:17

    lelaki pada dasarnya serupa dan sama. tetapi tahap keimanan dan ketaqwaan yang membezakan mereka🙂

    Reply

  4. dont judge the book by its cover…. stiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. bersedia untuk memaafkan… jgn kerana marahkan nyamuk habis kelambu dibakar….:)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: