bersabarlah wahai budak baik

ini merupakan situasi sebenar yang lazimnya dihadapi oleh insan yang bergelar budak baik yang sangat baik.

pelajar yang baik akan datang awal ke kelas tetapi pelajar yang kurang kebaikannya akan datang lewat ke dalam kelas. apabila cikgu masuk ke dalam kelas untuk mengajar, bebeliau akan marah-marah kerana ada pelajar yang tidak masuk ke dalam kelas. siapa yang akan menjadi mangsa api kemarahan cikgu? sudah pasti budak baik yang berada di dalam kelas yang setia bersama guru mereka.

pelajar yang baik akan menyiapkan kerja rumah dengan baik tetapi pelajar yang kurang baik ini lazimnya jarang menyiapkan kerja rumah. kalau siap pun sekadar ala kadar. jika perkara ini terjadi, cikgu akan marah tetapi cikgu tidak akan marah hanya kepada insan istimewa yang tidak menyiapkan kerja tetapi cikgu akan memarahi semua pelajarnya termasuk budak baik.

di pejabat, budak baik ini sering melakukan tugasan yang di berikan sebaik mungkin dan sehabis baik tetapi insan yang kurang baik sekadar melepaskan batuk di tangga. kesannya pengurus ataupun bos akan menyayangi anda yang baik ini dan sebagai anugerah, anda akan dikurniakan dengan kerja yang bertimbun-timbun sebab bos tahu anda mampu laksanakan. kesannya anda yang baik ini akan menghadapi tekanan perasaan dan bebanan kerja yang melampau tetapi anda tisak merungut kerana anda merupakan insan yang baik.

pemain bola sepak yang baik akan turun latihan pada masa yang ditetapkan. walaupun dia bukanlah seorang pemain kesebelasan utama, budak baik ini merupakan orang yang paling awal turun. tetapi, oleh kerana pemain lain yang lebih hebat turun lewat, satu pasukan akan didenda termasuk anda wahai budak baik.

budak baik ini sering menjadi mangsa kemarahan kerana anda baik dan anda tidak melawan jadi jika ada insan lain memarahi anda, sila abaikan dan buat tak tahu. jangan fikirkan. sebenarnya mereka memarahi anda bukan kerana mereka benci anda tetapi mereka menyayangi anda jadi anda perlu korbankan diri anda untuk dimarahi agar stress mereka akan berkurangan. jika mereka memarahi insan yang kurang baik ,pasti mereka bertambah stress kerana orang yang kurang baik ini akan melawan. berkemungkinan mereka akan menghidapi tekanan yang berberlebihan dan darah tinggi dan meninggal dunia. sedar atau tidak, insan yang baik ini mampu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi oleh orang lain. hebatkan budak baik.

wahai budak baik, bersabarlah. teruskan perbuatan mulia anda. ingat janji allah dalam al-quran, surah alaqarah ayat 153 yang bermaksud Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

dalam surah al-anfaal ayat ke-66 pula allah berfirman Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yangsabar, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika di antaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.

surahh ar rad ayat 22  Dan orang-orang yang sabar karena mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),

surah fusilat ayat 35 Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.

3 responses to this post.

  1. Posted by sayaanakabah on 07/11/2011 at 18:07

    apabila kesabaran di uji.. carilah Allah kerana DIA lebih memahami…

    Reply

  2. knp xd button like kt komen ni???

    Reply

  3. Posted by sayaanakabah on 08/11/2011 at 17:16

    sebab button LIKE hanya ada kat FB

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: