belajarlah daripada objek

bismillahhirrahmanirrahim… alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menulis, hari ini captainqudwah mendapat semula kekuatan untuk menghasilkan karya. mungkin kali ini tidak sehebat dahulu kerana seni untuk menghasilkan ayat sudah tumpul. pengajarannya, jika kita berkelebihan melakukan sesuatu, lakukan secara istiqamah jika tidak inilah hasilnya. walau apa pun yang terjadi, kita perlu sentiasa belajar dan terus belajar agar minda sentiasa berkembang.

artikal kali ini captainqudwah ingin mengajak anda semua untuk belajar daripada objek yang ada di sekeliling kita. idea ini diperoleh semasa membaca majalah gen-Q.

belajarlah daripada selimut. walaupun kelihatan seperti kain biasa, selimut mampu memberi keselesaan kepada pemakainya. ketika cuaca sejuk, manusia bolek berselubung menggunakan selimut agar tidur lebih selesa. ketika cuaca panas, selimut tidak digunakan. ini menunjukkan selimut dihargai ketika perlu sahaja. namun demikian, selimut tidak pernah mengecewakan manusia… ia masih setia dengan tugasnya. jadilah seperti selimut yang menyenangkan orang lain…

belajarlah daripada tudung yang mampu menunjukkan identiti islam. kehadiran tudung kepada pemakai bukan sahaja menambah keayuan, tudun juga menjadi pelindung si pemakai daripada sinaran matahari terik. ketika hujan, tudung mampu mengelah air hujan terus terkena pada kulit kepala. semakin labuh tudung yang dipakai oleh kaum hawa, semakin hormat kaum adam kepada mereka. insyaallah wanita yang memakai tudung labuh tidah akan diganggu oleh mana2 lelaki yang tidak berkualiti.

belajarlah daripada handfon.  sentiasa memudahkan orang lain ketika memerlukan. menjadi pengerat silaturrahim antara pengguna. handfon memerlukan sedikit perbelanjaan olek tuannya namun memberikan khidmat lebih daripada apa yang dibayar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: