Tahun baharu 2013

bismillahhirrahmanirrahim,

alhamdulillah, pertama-tamanya dan buat selama-lamanya marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana dengan izinnya dapat kita terus bernafas menghirup udara segar di pagi tahun baharu 2013 masihi. selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat yang komited dalam perjuangan menyebarkan risalah dakwah bersama perjuangan baginda.

setelah sekian lama menyepi dalam bidang penulisan ini, captainqudwah ingin memulakan semula coretan untuk berkongsi idea dan pendapat untuk sama-sama kita berkhidmat mengerah keringat untuk kebaikan umat dan masyarakat. walaupun dah agak berkarat ‘pen’ untuk menghasilkan karya-karya menarik, tidak salah kiranya saya ‘mengasah’ semula kemahiran dan anugrah yang Allah telah berikan untuk memberi manfaat mungkin tidak banyak tetapi sekurang-kurangnya dapat kita ambil pengajaran. insyaallah.

tahun 2012 telah melabuhkan tirai dengan pelbagai memori pahit manis, suka duka, nangis tawa, yang akan kekal dalam lipatan sejarah tanpa boleh diubah. apa yang kurang dalam tahun 2012 bolehlah dijadikan sebagai guru yang paling berharga dan bernilai untuk mengajar diri kita menjadi seorang hamba Allah yang terbaik di muka bumi ini.belajarlah daripada pengalaman bukannya meratapinya menjadi racun hingga kita tidak boleh maju kerana dihantui kegagalan.

segala kejayaan yang kita telah kecapi pada tahun 2012 merupakan anugrah dari allah untuk hambanya supaya kita lebih bersyukur dan menghargai pemberiannya. janganlah kita dilamun mimpi indah kejayaah sehingga kita alpa untuk meningkatkan prestasi diri kita dalam segenap aspek.

tahun 2013 telah menjelma. sudah menjadi kelaziman untuk mempunyai azam baru bersempena dengan tahun baru. tidah salah kita menyemai azam yang baik asalkan kita berusaha kerana niat tanpa keringat umpama ubat yang tersekat.

.Image

#azam 2013 captain qudwah ingin memperbanyakkan post untuk bacaan bersama:)

see_Q

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: