kita kenal Allah tak

orang kata, tak kenal maka tak cinta. dah kenal tak semestinya bercinta. dah bercinta tak semestinya setia. dah setia tak semestinya bahagia. dah bahagia tak semestinya kekal buat selamanya. masih ada pemisah antara akhirat dan dunia. semuanya bergantung pada kuasa ysng maha esa.

rakan-rakan pembaca sekalian, post kali ini bukanlah untuk bermadah pujangga berjiwang-jiwang karat pekat melekat, namun artikal ini sekadar ingin menimbulkan persoalan di benak fikiran kita. mungkin persoalan ini sudah bermain di minda ataupun pernah terlintas tetapi buat-buat tak tahu ataupun mungkin tidak pernah terfikir langsung. apa-apapun jutaan terima kasih kerana sudi singgah di laman blog saya untuk membaca artikal-artikal yang tidak seberapa.

CUBA PEGANG DADA KIRI DAN TANYA “SAYA KENAL ALLAH TAK?”allah pic

ketika memandu, kita nampak roadblock di hadapan. kita nampak polis segak bergaya memakai uniform. kita kenal itu polis. dengan segera memperlahankan kenderaan takut disaman melebihi had laju. tercapai-capai seat belt sayang nak bayar rm300. kenapa kita bertindak sedemikian? sebab kita kenal itu polis.

ketika menuntut di universiti, kita kenal undang-undang universiti. belajar bersungguh-sungguh sebab kita tahu kalau CGPA rendah kita boleh dikeluarkan dari universiti. sanggup bersengkang mata mengerah keringat untuk mengulang kaji pelajaran. semuanya kerana kita kenal universiti.

kita kenal ALLAH tak.  kalau kenal, kenapa kita tak tutup aurat? pakai baju ketat ketat, seronok dan bangga buat maksiat. seolah-olah dunia ini tiada penamat. macam tak percaya hari kiamat.  memang taknak berubah sampai akhir hayat? mungkin tak takut kulit kena siat. tak sedar diperhati para malaikat. itu tidak masuk dosa mengumpat. tak kira berapa kali tinggal solat. entah buat entah tidak amalan sunat.macammanalah hidup nak berkat. wahai umat dan masyarakat. masih belum terlambat untuk bertaubat. sementara jasad masih kuat. bukan menanti menjadi mayat.

2 responses to this post.

  1. Posted by amirul on 04/07/2013 at 03:35

    awaluddin marifatullah

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: