teknik bicara SMART

Teknik penyampaian SMART

 

S- suara

M- mata

A-anggota

R- rima

T- tumpuaan

 

                Tidak dinafikan bahawa untuk berbicara di hadapan penonton ataupun khalayak ramai agak sukar. Walaupun pernah ataupun biasa lakukan demikian, kadang kala terbit juga perasaan gugup dalam kalangan diri kerana tidak yakin ataupun khuatir apa yang disampaikan tidak dapat diterima dan dicerna oleh minda pendengar.

                Kali ini captainqudwah ingin berkongsi satu teknik ataupun formula yang boleh diguna dan dipraktikkan setiap kali berdepan situasi untuk berbicara di khalayak ramai. Formula ini ditemui secara tidak sengaja pada 21 june 2013 jam 4 pagi disaat rakan-rakan sebilik sedang menjalani kembara mimpi namun mata ini masih lagi bulat lantas mencapai lappy untuk menaip apa yang terbuku di sanubari untuk manfaat putra puteri sebagai motivasi diri untuk berani menyuarakan isi hati.

                Formula smart yang pertama adalah suara. Bagaimana mungkin untuk kita berbicara tanpa suara. Ya memang benar si bisu juga mampu bersuara menggunakan bahasa isyarat namun berapa ramai antara kita yang memahami. Justeru, untuk memudahkan penyampaian, gunakanlah nikmat suara yang kita ada sebaik mungkin. Ketika berbicara keluarkan suara anda selantang-lantangnya tapi bukan menjerit. Suara yang lantang mampu menarik perhatian pendengar untuk memberi tumpuan. Jika suara seperti dalam kelambu, dikhuatiri bunyi kipas lebih kuat dari suara anda.

                Seterusnya, formula mata. Sedar atau tidak, ketika berbicara, selain suara, mata juga memainkan peranan yang penting. Mata mampu menjadikan suasana hidup dan perbicaraan lebih berkesan. Ketika berbicara, pandang penonton sekitar kita. Jangan focus pada sesuatu kawasan sehinggakan yang lain rasa terabai. Dan yang paling penting jangan pandang benda yang tidak hidup ketika berbicara dengan benda hidup. Gerakan mata juga dapat menjadikan suasana seperti di tempat yang dimaksudkan. Sebagai contoh, ketika menggambarkan suasana gelap di dalam rumah usang, sepetkan mata dan cuba focus sesuatu kawasan. Nampak! Suasana hidupkan. Cuba bandingkan penceritaan tanpa reaksi mata pasti akan bosan.

                Selain mata, anggota juga mainkan peranan yang penting dalam perbicaraan. Sebagai contoh, tangan kita. Ketika bicara tangan perlu digerakkan mengikut kesesuaian apa yang disampaikan. Namun demikian, janganlah lakukan pergerakan tangan yang melampau dan ‘over’ sehinggakan penonton naik muak dan menjadikan gerakan tangan sebagai satu yang lucu. Takut nanti apa yang disampaikan tidak sampai tapi gerakan rangan jadi bahan ajukan. Gerakan badan perlu dikawal agar tidak melebih daripada apa yang diperlukan dan gerakan ini perlu bersesuaian dengan apa yang disampaikan dan situasi kawasan.

                Teknik seterusnya agak sukar namun teknik ini tidak mustahil untuk dilakukan. Teknik tersebut adalah berbicara mengikut rima. Tidak perlu untuk menyusun teks untuk mendapat rima yang baik tetapi banyakkan membaca untuk dapatkan perkataan yang sesuai untuk diselit sebagai penyeri perbicaraan untuk mendapatkat rima yang baik. Jika selalu membaca dan mendengar, ayat berima ini boleh dituturkan secara sepontan dan kadang kala ayat yang tidak disengajakan ini menjadi ungkapan yang akan digunakan di hari kemudian serta boleh diciplak oleh rakan.

                Akhir sekali adalah tumpuan. Jangan sesekali lari daripada topic yang dibincangkan. Kalau lari pun cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan. Jangan terlampau leka dengan cerita sampai lupa apa yang sepatutnya. Untuk menghindari daripada hilang tumpuan, seseorang yang ingin berbicara perlu study apa yang hendah disampaikan. Pastikan anda mahir sebelum menyampaikan. Takut nanti tiba-tiba muncul soalan yang mampu meng’kantoi’kan anda. Pasti tercalar ego sesoarang yang dianggap sifu. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu berasa malu untuk mengaku bahawa anda tidak tahu. Itu lebih baik daripada anda buat-buat tahu lantas menipu. Apa-apa pun, jangan hilang tumpuan kerana jika anda hitang tumpuan, pendengar tidak akan memberi perhatian.

                Sekadar itu sahaja perkongsian daripada saya pada kali ini. Saya bukanlah pakar motivasi tetapi berkongsi apa yang terlintas di hati. Saya bukanlah pakar dalam bidang berbicara tetapi sekadar menayampaikan idea yang saya ada. Kadang-kala saya gugup untuk bersuara, oleh itu marilah kita improve dengan SMART formula. Sekian. wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: