bukit tarbiyah sungai dakwah

Bukit tarbiyah sungai dakwah

Alhamdulillah dalam ruang yang amat terhad dapat juga saya mencuri sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu untuk dikongsikan bersama. Sebenarnya idea untuk mencoret artikal ini telah muncul ketika bersama-sama ikhwah Pillars di Janda Baik, Pahang. Namun demikian atas kekangan ruang dan ketidak bersediaan saya untuk mengetuk keyboard bagi menghasilkas sesuatu, lantas coretan ni blog ini seakan-akan beku. Tetapi Alhamdulillah, setelang melangkah semula ke campus cfsiium, dengan jadual yang agak lapang, serta kekangan yang semakin berkurang, insyaallah akan saya guna sebaik mungkin ruang dan peluang ini untuk merkarya.

                Bukit tarbiyah, sungan dakwah. Apakah kesinambungan daripada dua elemen alam ini. bukan berniat untuk menerbitkan segmen simfoni alam tetapi mahu kita belajar daripada alam. Jika anda masih ingat post tentang belajar daripada objek.

                Kali ini mari kita renung 2 elemen alam yang diciptakan pencipta yang maha esa. Bagaimana kedua-dua ini saling memerlukan antara satu sama lain. Cuba bayangkan bukit bukau tanpa sungai yang mengalir deras, sudah pasti kelihatan sedikit kekurangan. Dan bagaimana mungkin sungan dapat mengalir deras andai bukit hanya tinggu sejengkal. Kesimpulannya, bukit tanpa sungai seperti tidak lengkap dan sungan tidak dapat mengalir deras tanpa bukit yang tnggi.

                Ayuh kita kaitkan dua elimen alam ini dalam kehidupan seorang daie. Kita ibaratkan bukit itu sebagai tarbiyah manakala sungai itu sebagai dakwah.

                Tarbiyah ataupun pendidikan perlu diterapkan dalam kehidupan setiap insan. Tarbiyah perlu dijana agar dapat mencapai satu tahap yang maksima setinggi puncak bukit dan gunung yang tertinggi. Tarbiyah jangan dihakis bahkan perlu dipraktis. Tarbiyah yang berterusan tidak sempurna andai tiada sungai yang mengalir iaitu dakwah. Setelah mendapat tarbiyah daripada mas’ul, hendaklah kita menterjemahkan dan membumikan apa yang diterima untuk kebaikan bersama. Dakwah tidak cukup di maya tetapi perlu membumi barulah sampai hati ke hati.

                Sungai dakwah perlu terus mengalir. Untuk terus mengalir deras memerlukan bukit tarbiyah yang tinggi. Oleh itu, janalah tarbiyah agar dakwah sentiasa mengalir deras. Jangan biarkan dakwah terhenti. Jadikan dakwah sama ada du hulu mahupun dimuara sentiasa mengalir deras. Memang benar dakwah ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah justeru kita perlu terus gagah. Dakwah memang bukan mudah tetapi perlu untuk kebaikan ummah.

                Bukit tarbiyah, sungai dakwah. Biarlah ia terus mengalir tanpa henti. Biar berjuta rintangan dan halangan perjuangan nabi perlu diteruskan hingga akhir zaman. Andai terasa berat untuk ditarbiyah dan malas untuk berdakwah, lihatlah bukit bukau serta sungai. Malulah anda pada mereka kerana mereka makhluk yang tidak mempunyai akal fikiran namun terus menjalanakn tugasan yang diberikan sejak hari kejadian. Adakah manusia yang merupakan makhluk yang paling mulia hendak berhenti daripada melaksanakan amanah yang diberikan. Amanah memang berat namun bukan satu bebanan namun amanah ialah satu kepercayaan yang diberikan kerana kita sangat mulia dan teristimewa.

p/s dedikasi khas buat Ustz Azizee, ikhwah UIA PJ dan ikhwah PILLARS…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: