masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

bismillahhirahmanirahim

coretan kali ini ditujukan khas buat ikhwah dan akhwat yang bakal melanjutkan pelajaran ke ipta dan juga ipts bagi kemasukan september 2013

coretan ini untuk renungan diri sendiri dan semua yang akan menjejakkan kaki ke tempat baharu, kawasan baharu dan fenomena baharu

semoga dipermudahkan segala urusan selagi berada di landasan berteraskan iman

seringkali kita mendengar peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak yang bermaksud menyesuaikan diri dengan keadaan baharu.

namun demikian, pernahkah kita terfikir, adakah kita perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran ataupun kita perlu ubah persekitaran supaya serasi dengan kita?

cuba kita bayangkan kita ‘tercampak’ ke suatu tempat dimana kawasan itu tidak selari dengan biah ataupun suasana yang sepatutnya iaitu biah solehah. jika  budaya di kawasan itu seperti masyarakat tidak bertamadun, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, gelak tawa tanpa batasan, belajar semeja dengan pasangan berlainan jantina, mesej dan call perkara yang sia-sia, berjumpa tanpa ada urusan penting, adakah kita perlu membiasakan diri dan ‘masuk’ dalam jemaah mereka? jangan jadikan tarbiyah yang kita peroleh sebelum ini menjadi sia-sia. jangan jadi umpama kacang lupakan kulit. jika sukar untuk simpati keatas diri sendiri, simpatilah kepada murabbi anda semua. mereka telah banyak berkorban untuk menjadikan anda insan terbaik di dunia. janga sia-siakan pengorbanan mereka.

ikhwah akhwah dikasihi allah, 

jadilah benih yang bernas

seribu tahun dijemur panas

digetus gentas binatang buas

tetap tumbuh mencetus tunas

benih yang elok walau kemana dia dicampak akan menjadi hasil yang akan mengorak perubahan pada kawasan jajahan. jangan jadi ibarat lembu dicucuk hidung. tetapi jadilah tranformasi agen agar budaya barat yang sebati itu akan terhakis dan kita bina satu budaya baru.

ikhwah akhwat sekalian, ingatlah dakwah dan tarbiyah tidak memerlukan kita tetapi kita yang perlukan dakwah dan tarbiyah. walau kemana kita berada, carilah jalan ini walau jalan ini tidak dijanjikan karper merah, namun jalan ini yang akan dapat redha allah. permusafiran itu satu proses pembelajaran yang akan meningkatkan iman kalau bijak memilih rakan dan taulan. oleh itu, tetap tsabat dalam jalan ini walau dimana anda berada. 

akhir kalam, jagalah diri di tempat baharu. jangan jadikan tarbiyah budaya asing yang negatif memadamkan tarbiyah yang selama ini diperoleh. jika mahu melakukan perubahan diri, berubahlah agar orang yang berada bersama-sama anda dahulu selesa, maknanya perubahan itu kearah kebaikan. hargai insan yang lama bersama anda lebih dari insan yang baru anda kenali kerana insan lama itu lebih memahami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: