wahai si pencuri selipar

WAHAI SI PENCURI SELIPAR

“huh, ni yang aku malas nak datang masjid, sekali dating sekali selipar melayang”

“ cepat-cepat,ayuh kita segera keluar, kalau lambat nanti selipar hilang”

“ayah nak pergi solat. Kamu tolong jagas elipar dulu di luar”

Begitulah atara dialog yang sering diungkap kan oleh segelintir mangsa-mangsa kes kecurian selipar. Wabak mencuri selipar seakan-akan barah yang sentiasa menular dalam masyarakat islam di Malaysia. Mencuri selipar boleh dikatakan suatu budaya songsang yang diamalkan oleh segelintir masyarakat. Bagi mereka selipar itu hanya sekadar alas kaki untuk berjalan dan tidak lebih dari itu. Ada segelintir masyarakat berpegang dengan prinsip songsang iaitu satu selipar untuk semua. Datang pakai selipa lain namun balik, sarung sahaja mana-mana selipar. Namun demikian, pernahkah si pencuri selipar berfikir milik siapakah selipar itu dan apakah nasib mangsa?

Wahai si pencuri selipar, jika selipar yang anda curi itu merupakan selipar orang kaya, mungkin si kaya tersebut akan menghalalkan dan menganggap itu sebagai  satu sedekah. Tetapi tidak semua orang kaya begitu. Walaupun demikian, janganlah si pencuri selipar ini mensasarkan orang kaya sebagai mangsa.Kalau dah sering menjadi mangsa, pastiakan ‘panas’ jua.

Wahai si pencuri selipar, jika selipar yang anda curi itu milik simiskin, apakah nasib mereka .Mungkin pada anda selipar itu hanya bernilai RM10, namun pada simiskin,  RM10  itu membawa seribu erti. Mungkin mereka perlu mengikat perut menahan lapar hanya untuk membeli sepasang selipar baharu. Mungkin juga mereka pelu korbankan kehendak dan kemahuan lain hanya untuk  menyempurnakan apa yang sepatutnya telah sempurna. Adakah anda tidak merasakan anda ini zalim wahai si pencuri selipar?

Wahai si pencuri selipar. Andai selipar yang engkau curi itu milik simakmum yang ikhlas datang ke masjid, tidak mengapa. Apa pun jadi pasti simakmum itu datang ke masjid. Kerana niat simakmum itu ikhlas lillahi taala. Makmum yang ikhlas pasti akan menganggap kehilangan selipar itu sebagai satu musibah dan ujian dari Allah untuk menguji kesabaran dan tahap keimanan.

Wahai si pencuri selipar, alangkah malangnya jika selipar yang anda curi itu milik orang yang kurang ikhlas datang ke masjid. Hadirnya ke masjid sekadar permulaan untuk melatih keikhlasan. Datangnya ke masjid dengan harapan mendapat hidayah dari yang maha pencipta. Tindakan anda mencuri selipar itu boleh mengakibatkan sitidakikhlas ini tidak ke masjid dan anda telah mengurangkan seorang Jemaah yang mencari kebaikan dan kebenaran. Alangkah kejamnya anda wahai sipencuri selipar mengakibat kan insan yang mencari kebenaran itu berubah fikiran lantas meninggalkan kebaikan.

Wahai sipencuri selipar, bertuahlah anda jika mangsa anda itu merupakan insan yang tawaduk dan menjaga lidah.Pasti simangsa akan mendoakan yang baik-baik untuk anda walaupun sedar dirinya telah dianiaya. Seronokkan. Dah lah mencuri,  ada pula yang mendoakan kebaikan dan kesejahteraan anda.Sangat bertuah anda.

Wahai si pencuri selipar, orang kata kalau seseorang itu menyumpah sebanyak 40 kali, maka apa yang disumpah itu akan menjadi kenyataan. Cuba bayangkan, selipar yang anda curi itu milik mereka yang bermulut lancang. Pasti akan terkeluar perkataan kesat dari mulutnya. Apabila bercerita kepada kawan-kawan yang bermulut ‘puaka’, semua akan menyumpah anda. Apa akan jadi jika 40 kali mereka menyumpah anda? Fikir-fikirkanlah.

Wahai si pencuri selipar, sekarang ini sangat sukar untukbertemu orang yang betul-betul khusyuk dalam ibadahnya .Semasa beribadah tidak berfikir perkara lain selain  Allah.  Jika anda mencuri selipar mereka pun mereka tidak akan risau. Mereka akan terus beriktikaf menyerah diri kepada Allah. Khusyuk itu lebih utama berbanding selipar.

Wahai si pencuri selipar, tindakan anda mencuri selipar sebenarnya telah menyebab kan ramai Jemaah yang gusar dan susah hati untuk beribadat. Takut untuk beriktikaf lama-lama risau akan kehilangan selipar. Tindakan anda ini telah mengganggu keselesaan ramai Jemaah. Belum sempat berdoa ramai yang cabut kerana khuatir  selipar akan hilang.

sel

Gejala mencuri selipar di masjid ini telah berlaku sekian lama sehinggakan sesetengah masjid dan surau menyediakan loker dan tempat letak kasut berbayar. Perkara ini secara tidak langsung sebenarnya telah memaparkankan imej yang negatif terhadap masyarakat terutama masyarakat bukan Islam. Umat Islam seharusnya menjadi qudwah ataupun contoh yang harus diteladani oleh masyarakat lain.

Wahai si pencuri selipar, masih belum terlambat untuk melakukan perubahan, satu anjakan paradigma untuk membentuk jati diri dan modal insan kelas pertama.Mungkinmencuriseliparitudilakukanbukanberdasarkankeinginantetapiketerpaksaan, namun haruslah berfikir berlandaskan keimanan agar segala perbuatan selari dengan syariat yang telah ditetapkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: