JOM LAYAN LAGU MALAIKAT

JOM LAYAN LAGU MALAIKAT NYANYIAN HAZAMA!!!

“Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada”

Encik Hazama, untuk pengetahuan anda, sebelum anda meminta Tuhan yakni Allah menghantarkan malaikat untuk menjaga dia, Allah sudahpun mengirimkan malaikat untuk setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. bukan satu tau. tapi dua.

Malaikat Rakib (menduduki kanan manusia). Pencatat kejahatan dan dosa – Malaikat ‘Atid (menduduki kiri manusia)

doa tu tak salah. tapi jangan seolah-olah memberi arahan kepada Allah.

“Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh”

seronoknya!!! bila anda mencintainya, anda nak tunaikan semua permintaanya. dah macam cerita Hang Tuah yang sanggup mencari tujuh dulang hati nyamok khas buat Puteri Gunung Ledang.

soalan saya, kita tunaikan tak permintaan Allah? kita ambil contoh paling mudah tapi paling berat timbangannya, iaitu tentang solat kita. adakah kita sudah menyempurnakan solat kita? bukan setakat tunaikan, tapi sempurna atau tudak.

jika kita tidak sempurnakan, adakah kita sudah menunaikan permintaan Allah? dan persoalan paling besar timbul, adakah kita mencintai allah?

rangkap pertama lagu ini penuh mesej namun perlu diteliti dan difahami. sampai detik ini, saat jari mematuk papan kekunci,saya masih mencari adakah wajar lagu seperti ini diputarkan di corong radio?

kita ketepikan sebentar lagu ini, dan ayuh bermuhasabah. andai amalanku hari ini memberatkan bahu kiri, adakah aku akan terus dibuai mimpi? dan andai kita merasakan amalan kita berat ke kanan, adakah amalan itu benar-benar dihitung berdasarkan pengiraan kita?

benar manusia itu tidak sempurna namun adakah perlu untuk kita membiarkan diri tidak sempurna tanpa berusaha mencari kesempurnaan? tepuk dada rasa sakit, tanya iman adakan mahu terus bangkit?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: