IMAM BESAR GOOGLE:- BENTENG TERBINA JARAK TERCIPTA

TAJUK:- IMAM BESAR GOOGLE:- BENTENG TERBINA JARAK TERCIPTA.

OLEH:- SYAIFUL AZMI BIN KASSIM

Dalam era globalisasi ini, lambakan gadget di kedai umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan menjadikan anda rambang mata. Harganya yang berpatutan sehingga anda tidak mahu melepaskan peluang untuk memilikinya memilikinya. Boleh dikatakan lebih 80% rakyat Malaysia memiliki telefon pintar termasuk mereka yang berumur sekitar 3 hingga 5 tahun. Siapa yang tidak memiliki telefon pintar dianggap mundur dan tidak selari dengan perkembangan teknologi.

Baru-baru ini akhbar ada memaparkan tajuk “rakyat Malaysia jadi hamba telefon pintar”. Perkara ini benar benar berlaku dan amat menyedihkan kerana rakyat Malaysia yang dahulunya ramah namun kini lemah. Ramai antara pengguna telefon pintar ini lantang bersuara di leman social namun apabila di dunia realiti, hanya mampu mengetap gigi. Sedar atau tidak, kebergantungan kita kepada teknologi ini menjadikan perhubungan sesama kita menjadi renggang dan tidak serapat dulu sehinggakan kita tidak kenal siapa jiran kita.

Boleh anda bayangkan bila seorang sahabat anda menelefon anda untuk mendapatkan arah ke sesatu tempat perlancongan, lantas apa yang anda balas adalah anda meminta sahabat anda itu cari menggunakan GPS. Sebagai contoh, katakana sahabat anda itu hendak berbasikal di bukit cherakah, Shah Alam, lalu ditekannya papan kekunci di telefon pintar “bukit cherakah” lalu GPS akan membawa anda ke tempat tersebut. Andai betul bukit cherakah yang dibawa itu berada di shah alam, Alhamdulillah. Namun jika GPS membawa anda ke Bukit Cherakah di Puncak Alam? Bukankah itu menyusahkan.

Contoh lain adalah ketika memasak. Katakan sahabat anda minta resepi memasak kek tiramisu dari anda namun anda menyuruhnnya mencari di Google. Memang benar banyak resepi di Google, namun ia sangat berbeza dengan resepi yang anda sepatutnya berikan kepadanya. Andai tiramisu itu jadi dan sedap, Alhamdulillah. Namun andai tidak dapat ditelan oleh orang biasa? Bukankah perlu dibuang justeru terhasilah satu pembaziran. Bukankah dalam hadis ada menyebut sesungguhnya membazir itu adalah sahabat syaiton. Adakah kita mahu bergelar sahabat syaitan? Sudah tentu tidak.

Seterusnya ialah tentang petua mengubati penyakit. Andai sahabat kita meminta bantuan kita untuk memberi petua mengubati penyakit, namun kita enggan membantu dan menyuruhnya mencari di google, lantas apa yang ditemui adalah pengamalan khurafat dan syirik, terus dia amalkan dalam hidup seharian, bukankah kita punca dia bertindak demikian. Tak pasal-pasal saham dosa dikongsi bersama. Tak sempat taubat khuatir melangkah masuk pintu neraka.

Sedar atau tidak, Setiap soalan yang ditanyakan oleh sahabat kita itu sebenarnya bukan sekadar soalan, namun disebalik soalan itu terselit seribu pengharapan dan di setiap jawapan itu terukir senyuman tanda penghargaan. Andai tiada jawapan, apa salahnya kita meraikan sahabat itu. Selain itu, dalam kita menuntut ilmu, adalah lebih afdhal untuk kita berguru dengan guru kerana ilmu dari guru itu berkat dan guru juga boleh membimbing kita agar tidak sesat. Akhir sekali, saya ingin menyeru semua pembaca agar fikir dan muhasabah apa yang kita lakukan agar semuanya menjadi bekalan sepanjang perjalanan menuju hari kemudian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: