kesian sebab engkau bukan islam

dah lama jari tidak mengetuk papan kekunci. kadang-kadang frust dengan diri sendiri. idea mencurah-curah, tapi kemalasan membuatkan aku terus lelah.

entri kali ini aku hendak berkongsi dengan korang sesuatu yang ringan. maklumlah, jari dah berkarat, maka nak buat ayat gila-gila memang tak lah. cuma boleh bercerita apa yang berlaku dalam sehari dua ini.

hari rabu lepas. aku dalam perjalanan ke tempat kerja. dari petaling jaya ke subang bestari. dalam perjalan itu, aku singgah di sebuah stesem minyak petronas untuk mengisi minyak. ini bukan iklan ye. ini cerita yang benar-benar terjadi. dah aku berhenti di petronas, takkan aku nak tulis petron pulak kan.

seperti biasa aku membayat not kertas berwarna hijau dan mengisi minyak motor aku hingga penuh. semasa aku mengisi minyak, baru aku perasan di pam minyak sebelah aku sebuah kereta BMW sedang mengisi minyak.

semasa sedang mengisi minyak, datang seorang pembantu pam pekerja petronas mengelap cermin hadapan kereta tersebut. perasaan aku ketika itu sepertia tiada apa yang berlaku. kosong. ye lah, dah kerja dia macam tu, lap je lah cermin kereta kan.

sebaik selesai mengisi minyak, aku melihat pemandu kereta tersebut yang juga seorang cina yang kacak bergaya bersalaman dengan pembantu pam itu. bukan salam kosong, tetapi salam itu diselitkan beberapa keping wang kertas. aku tidak pasti bilangan. yelah, takkan aku nak minta duit tu dan kira kan. tak logik pulak nanti.

setelah melihat peristiwa itu, aku berlalu pergi meneruskan perjalanan mencari rezeki. sepanjang perjalanan, aku asek teringat peristiwa tersebut.

alangkah mulianya hati lelaki tersebut. walaupun kaya tetapi tidak sombong, bahkan menghormati si pembantu pam tadi. sungguh mulia dia. jarang untuk kita berjumpa dengan insan seperti beliau.

namun sayangnya, beliau bukan islam, maka maafkan aku kerana aku tidak boleh mendoakan dirimu. apa yang aku boleh buat adalah sekadar boleh mendoakan supaya engkau memperoleh hidayah.

aku tahu, jika sebelum islam engkau sudah semulia itu, aku yakin jika engkau mengucap dua kalimah syahadah, engkau akan lagi mulia dari itu.

kesian sebab engkau bukan islam. jika engkau islam, sudah pasti dicatatkan bagimu pahala.

dan kita sebagai muslim harus menjentik hati kita. kenapa orang bukan islam boleh sebaik itu. kenapa bukan kita.

ayuh muslim jadikan diri anda sebagai QUDWAH…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: