Jacklyn Victor: Ancaman Terhadap Islam

semalam aku ada menulis mengenai Jaclyn Victor yang membawa agenda kristianisasi dalam lagu-lagu yang dia nyanyikan dan aku merasakan itu merupakan satu ancaman kerana dia masih ada peminat dari kalangan umat islam.

seorang daripada pembaca mengecam tulisan aku ini. katanya itu hanyalah hiburan semata dan tiada kaitan dengan penyebaran agama kristian. kalau ada pun lagu yang memuji Jesus, maka tak perlu lah dengar. banyak lagi lagu Jaclyn Victor yang membawa mesej baik seperti lagu tema Bersamamu.

dia berhujah lagi dengan memberi contoh cerita Ustaz Mu Tunggu Aku Datang yang diarahkan oleh David Teoh yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus sebagai pelakon. dia menjadikan cerita ini sebagai alasan untuk kita menerima Jaclyn Victor sebagai penyanyi bukan pendakyah.

“David Teoh boleh terima Ustaz dan kenapa kita tak boleh terima Jaclyn Victor.” tambahnya lagi.

satu benda yang aku boleh cakap, David Teoh arahkan filem tersebut dan filem tersebut tidak mendatangkan kesan negatif kepada agama dia kerana penonton filem itu adalah umat islam sendiri.

satu lagi, David Teoh ni adalah individu yang bijak cari wang di setiap peluang. dah dia nampak nilai kormesial yang ada pada Ustaz Azhar, maka dia arahkan lah filem. kita tengok, dia kaya.

yang kita nak terima Jaclyn Victor sebagai penghibur tu dah kenapa?tak rasa terancam kah dengan gerakan kristianisasi? atau kita belum mumayyiz nak membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

sebagai umat islam, jangan beri platform untuk mereka membuat gerakan kristianisasi kerana mereka amat licik dalam penyebaran agama kristian. mereka mampu memasukkan tali mengikat kapal jika kita memberi ruang sebesar lubang jarum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: