pesta ibadah. satu titik perubahan

pesta ibadah, satu titik perubahan.

andai manusia itu melihat ramadhan itu sebagai pesta ibadah, nescaya mereka akan beribadah seakan-akan mereka sedang berpesta. orang berpesta mana ada rehat. orang berpesta mana tahu penat. orang berpesta ni sentiasa bersemangat.

secara peribadi, aku memandang manusia melakukan sesuatu untuk mendapatkan hasil. mana mungkin orang mahu beribadah kalau tidak diganjarkan dengan pahala. oleh itu, Allah telah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada semua hambanya yang beribadah di bulan yang mulia ini.

allah itu maha kaya dan dia juga maha pemurah. apabila allah memberi pahala kepada kita, kekayaan dia tidak tergugat walau sedikit pun. oleh itu, jangan bersimpati kepada allah dengan tidak meminta-minta, tetapi bersimpatilah kepada diri sendiri andai terus sombong untuk meminta.

berbicara mengenai hasil, saya lebih suka untuk melihat hasil yang boleh dlihat. memang benar kita beribadah untuk mengejar pahala yang boleh menempatkan kita di jannah. tapi hasil yang kita boleh lihat di dunia menjadikan kita lebih bermotiwasi untuk mendekatkan diri kepada illahi.

firman allah dalam al-quran yang bermaksud, wahai orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu untuk berpuasa sebagai mana difardhukan kepada umat terdahulu supaya kamu bertakwa.

memetik kalam agong dari kitab yang turun lebih 1400 tahun dahulu, kita dapat simpulkan satu perkara mudah dalam ramadhan. sebenarnya ramadhan ini bertujuan untuk menjadikan umat islam terutamanya menjadi hamba allah yang bertakwa.

oleh itu, suka untuk saya peringatkan diri saya dan pembaca semua, apa yang kita lakukan di bulan ramadhan ini sebenarnya hanyalah satu titik peruabahan yang hasilnya akan dilihat bermula satu syawal.

saya secara peribadi berasa tidak pelik apabila melihat masjid meriah, quran dibaca di setiap masa terluang, gejala sosial berkurang di bulan ramadhan, semua itu saya tidak pelik. dan saya berharap apabila berakhirnya ramadhan, saya juga tidak pelik melihat semua ibadah yang dilakukan sepanjang sebulan terus diamalkan.

ramadhan bukanlah bulan perubahan tetapi ramadhan adalah bulan titik perubahan. jadikan tarbiyah ramadhan hari ini menjadikan anda lebih cemerlang di hari kemudian. bukan sahaja cemerlang dunia, tetapi mudah-mudahan cemerlang juga di akhirat.

semoga amal kita ini diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda. dan apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan pada hari kemudian. semoga kita diberi sebaik-baik pembalasan.

Syaiful azmi,
AJK KRIM DHL
KUIS
21 JUNE 2015
12:38

#RAMADHANKAREEM #TITIKPERUBAHAN #ROADTORAYYAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: