Jaga kucing itu baik-baik ye

Musim SPB telah bermula. Aku tengok banyak program-program yang dirancang sejurus minggu orentasi berakhir. Sewaktu pelajar baharu masuk pun dah meriah dengan poster dan banner persatuan khusus bagi menarik minat pelajar baharu mendaftar dalam persatuan mereka.

Di pembina, jika anda pernah mengisi borang pembina serta membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM5 di mana-mana cawangan pembina, maka anda tidak perlu risau kerana nama anda pasti akan dihantar ke cawangan ipt baharu anda.

Ini kami istilahkan sebagai nama passing. Nama passing ni akan di follow up oleh naqib baharu. Dan hubungan dengan naqib serta kawasan lama akan tinggal sebagai sebuah kenangan yang mengusik jiwa.

Artikal ini sebenarnya bukan nak cerita mengenai SPB, tapi sebenarnya sekadar mahu bercerita kisah hidup seekor kucing. Atau lebih tepat, kucing kampung yang rupa tak seberapa tapi hebat berkerjaya menangkap mangsa.

Cerita ini memerlukan anda berimaginasi dan anda perlu penghayatan yang tinggi. Jika anda belum bersedia, sila parking dulu dan baca bila anda ada waktu.

Cuba bayangkan anda mempunyai kucing kampung. Kucing tersebut tidaklah secantik parsi, tetapi hebat bila beraksi. Tikus di rumah semua lari. Nak melintas pun dah tak berani.

Nak dijadikan cerita, anda terpaksa berpindah ke suatu tempat yang jauh dan di sana anda tidak dibenarkan membela haiwan peliharaan. Mahu atau tidak, terpaksalah anda meninggalkan kucing anda tersebut.

Ada dua pilihan. Pertama, lepaskan kucing itu dan biarkan dia menjadi kucing liar dan berkawan dengan kucing liar yang lain. Kedua, passing kucing anda kepada jiran anda dan beri amanah kepada dia untuk jaga.

Jika anda membuat pilihan pertama, mungkin anda terlampau yakin dengan kucing anda. Mungkin bagi anda si kucing tadi pandai.menjaga diri tetapi hakikatnya kucing itu gagal untuk berdikari. Akhirnya mungkin dia mati atau mungkin tidak seperti dahulu lagi.

Jika anda buat pilihan kedua, jiran bagaimana yang anda mahu passing kucing anda?  Adakah jiran yang pandai menjaga atau jiran yang jaga sambil lewa? Jiran yang anda percaya atau anda passing suka-suka?

Secara peribadi, walaupun saya tidak memelihara kucing, saya tetap mahu yang terbaik untuk kucing saya jika saya memeliharanya.

Setelah lama saya bersamanya, adakah sanggup saya melihatnya menjadi liar setelah penat saya mendidiknya.

Saya yakin anda juga seperti saya. Pasti anda akan hubungi jiran anda bagi mendapatkan perkhabaran terkini bekas kucing anda yang anda sudah passing kepada tuan baharu.

Jika tuan baharu tidak menjaga bekas kucing anda sebagaimana anda menjaganya dahulu, pasti anda sedih bukan?

Seronoknya menjadi kucing yang tiada rupa tetapi manusia bijak melihat potensinya.

Seronok bila jadi kucing yang dipassing kepada tuan baharu dan dijaga rapi, dalam masa sama tuan lama masih mengambil tahu. Tak lepas tangan tuan lama kucing itu.

Sejujurnya, aku baru sahaja berminat dengan kucing setelah rakan serumah menolong pensyarahku memelihara seekor kucing parsi di rumah kami.

KUCING ITU COMEL!!!

Syaiful azmi

Kuis

2355

6/9/2015


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: