hijrah… aku mahu berubah

masa sungguh pantas berlalu. seperti baru semalam aku menyampaikan ucapan di radio IKIM. bukan ucapan biasa. tetapi ucapan salam maal hijrah.

masih terngiang lagi saat juruhebah membaca ucapan yang aku coretkan di laman sosial facebook. ketika itu, hati aku bagai berbunga-bunga. jasadku bagai diangkasa. hanya Allah tahu betapa aku gembira. kurasakan diri ini popular. namaku dan coretanku dibaca. satu malaysia pendengarnya.

aku sedar hit radio ikim tidaklah semegah radio era, sinar dan hot, tetapi apabila namaku sendiri didengari di corong radio. sumpah teruja. aku tak tipu.

masih aku ingat saat aku menukilkan kalimah mengetuk papan kekunci untuk menyampaikan ucapan di radio. saat itu, aku tak dapat kira  berapa kali entak aku menaip dan menekan butang delete agak lama. menaip dan engosongkan semula ruangan komen sehingga aku betul-betul puas hari dengan segala yang aku tuliskan. jarang rasanya aku cerewet begitu.

malam itu, aku tak tahu apa yang mendorongku untuk berkongsi azam tahun baharu hijrah. azam yang disebut mudah dibuat payah. azam untuk berubah.

arghhh…  mataku mula menangis, alangkah bersalahnya aku. berkongsi ilmu tapi aku tak amalkan. aku sedar aku akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang aku nukilkan.

ketika itu aku mengajak seluruh pendengar untuk berubah. jadi insan yang mendekati Allah. tanamkan semangat dakwah dan tarbiyah. biar dicaci terus tabah. walau penat ibadatku kerah. Allah…

alangkah bersalahnya aku. azamku aku tak tunaikan. bagaimana bisa aku menunaikan permintaan orang lain. kejamna aku.

hari ini aku masih seperti dulu. masihkah aku seperti dulu? ataupun mungkin lebih teruk dari itu? aku pun tak tahu.

ya allah… berdosanya aku.

cepatkan masa berlalu, seperti semalam coretanku dibaca, hari ini genap setahun lamanya. allah makin pendeklah usia. hidup menghampiri penghujung nyawa.

kalaulah dalam setahun ini aku betul-betuh berubah, mesti aku dah dikasihi allah. kalau aku mati kejap lagi, mesti tempatku di jannah.

tangisan ku kini tak bermakna lagi. tidak gina aku sesali apa yang telah terjadi. yang berlalu biarkan pergi. nasa depanku masih lagi suci. aku mahu mendekatimu illahi. terimalah taubatku ya rabbi. izinkan aku terus menjadi abdi. jadikan ibadahku seihklas hati. hindari riak dan berbangga diri.

tahun baharu menjelang lagi. azam baharu? tak mahu. aku perlu langsaikan hutang ku tahun lalu. dan tahun-tahun mendatang aku tetap begitu.

jadikan hari ini hari yang terbaik bagiku. hari esok akulah peneraju. iblas syaitan jauhlah dariku.

tahun baharu datang lagi. segala yang lepas menjadi memori. masa depan mudah-mudahan berseri. allahurabbi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: