“cancle???” punah harapan semangat bertempiaran

dari usia aku masih kecil, aku diajar untuk tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu yang telah dijanji walau insan yang berada di sisi.

pesan mama ketika aku baru mengenal kiri kanan selipar terpahat dalam ingatan dan sehingga ke hari aku berpegang dengan prinsip itu.

jangan terlalu mengharap kerana harapan itu boleh menjadikan diri kita hampa.

berharap pada sesuatu yang macam nyata tetapi hakikatnya perkara itu sukar diterjemah dengan sesuatu yang kita jangka.

hancur harapan itu lebih pedih daripada gagal mencapai impian.

seringkali insan yang berada di sisi menabur janji namun tidak semua janji itu ditepati dan seringkali harapan itu adalah harapan palsu.

harapan paslu menjadikan otak buntu, lidah kelu dan diri bercelaru.

bayangkanlah, sesuatu harapan yang hanya sejengkal untuk kita kecapi tiba-tiba hanya tinggal janji manis dan kata-kata berbunga yang pasti akan menyebabkan pedih di dalam jiwa.

ramai sebenarnya yang suka memberi harapan palsu. bagi mereka, hanya mereka sahaja ada kehidupan di dalam dunia.

hanya mereka yang ada masa yang perlu dipatuhi.

hanya mereka yang ada jadual yang wajib diikuti.

hanya mereka yang busy dan memang kehidupan ini hanya untuk mereka.

benar… entri kali ini agak beremosi.

emosi kerana terlalu frust dengan sikap kebanyakan manusia yang suka menaburkan janji manis tetapi hakikatnya lebih perit dari kena potong kaki sebab kencing manis.

ada segelintir manusia yang suka berjanji itu dan ini tetapi hakikatnya tak seindah pelangi, tetapi bagai karat besi.

mungkin cukup aku ditupu

mungkin sekadar itu aku diperdaya

dan mungkin ini sahaja masa untuk aku merana

hari ini aku perlu kembali pada pesan mama.

sudah sampai masanya aku pentingkan diri tanpa fikir siapa-siapa

lantak mereka mahu terasa

aku sudah puas menderita.

caraku selama ini mungkin enkau tidak suka

mungkin engkau tidak selesa

maka biarkan aku kini gembira

persetankan itu semua

ini yang sepatutnya engkau terima

maka

rasalah kenikmatannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: