Aku Mr.A

dimulakan dengan bismillah. mengharapkan penulisan kali ini lebih bermanfaat sebagai satu perkongsian pengalaman dan penceritaan yang membina sebuah tamadun manusia yang bertamadun syriat islam yang sebenar.

berinspirasikan dari tajuk novel suamiku encik perfek, maka aku coretkan sebuah kisah untak tatapan kalian. jujur aku belum tonton drama bersiri, apatah lagi membaca novel yang bagi aku hanya dilakukan oleh mereka yang ada masa lapang dan terluang. maaf, walaupun aku bukanlah yb, dan bukanlah pakar motivasi sepenuh masa, namun aku tetap tidak punya masa untuk melakukan perkara yang tidak mendatangkan keuntungan besar bagi diriku.

aku Mr.A. ini sekadar nama yang aku letakkan sebagan ‘unknown” atau sekadar perlambangan bagi diriku. tidak sekali-kalu aku merujuk pada namaku Azmi apatah lagi sesiapa yang terasa dan perasan aku mencoretkan untuk mereka. harap maaf, anda silap orang.

aku keras kepala. memang benar keras kepala. degil tahap dewa. tak kisah mama ke, kakak ke, pensyarah ke, tuan pengarah ke, malah sesiapa pun, aku tetap mahu pendapatku diterima.

bukan bermakna aku biadap dan tidak menghormati mereka, apatah lagi merendahkan kemampuan berfikir mereka, tetapi aku rasa satu penghargaan besar andai pendapatku diterima.

aku bukanlah malaikat yang sentiasa taat, apatah lagi nabi yang maksum tanpa kotoran dosa. aku hanya insan biasa yang ideanya kadang kala luar biasa sampai tak mampu diterima oleh manusia biasa.

bagi diriku, setiap butir pemikiran manusia itu benar tanpa ada yang salah. naun begitu, pendapat manusia itu perlu diberi peluang untuk dibincangkan dan diberi penambah baikan agar pendapat itu sesuai dengan keadaan semasa.

ingat, idea dan pendapat itu adalah untuk dibincangkan bukan untuk ditolak mentah-mentah. simpan nasihat  ini dan insyaallah engkau akan perlahan-perlahan ada sifat menghormati orang lain.

aku mahu sentiasa betul bukan bermakna tiada tolak ansur.  cuma bila pendapatku ditolak maka akan aku angkat kaki beransur-ansur. beransur-ansur bukan mendadak ye.

mudah untuk tahu jika aku beransur-ansur pergi dan lari dari situasi. akan aku senyum dan biarkan manusia itu berbicara.

engkau sangat bagus sampai pendapat aku engkau anggap hangus, maka terus anggap aku bagai budak berhingus, lantak engkau dan pergi mampus.

apabilah apa yang engkau laksana itu bertemu jalan buntu, saat itu engkau akan cari aku, dan mohon jadikan diri anda batu kerana akan aku bantai satu persatu. saat itu aku beri engkau tisu dan aku akan jadi hantu. ideaku engkau tolah dulu kenapa kini engkau cari aku? maka selamat pengantin baharu.

aku tidak sekejam itu. andai engkau rasa engkau bagus, maka akan aku doakan engkau berjaya dengan apa yang ungkau usaha. tidak aku sokong dan tidak aku bantah. cuma pandai-pandai jaga diri ye. aku doakan engkau berjaya supaya engkau terus gembira dan bahagia. yang penting engkau akan terus berjaya dan aku tiada jasa maka tak perlu engkau jumpa aku di lain masa.

aku Mr.A, maka aku mahu setiap pendapat dibincang masak-semasaknya. jika tidak mahu berbincang, maka terimalah pendapatku tanpa banyak bicara. jika tak mahu terima pendapatku maka usah minta nasihat daripadaku.

aku juga manusia. aku tahu apa yang kamu rasa. aku pernah kecewa dan aku juga pernah berjaya. setiap kita punya cita-cita, maka paculah diri mencapai apa yang dicita.

manusia tidak dilahirkan untuk gagal, malah untuk berjaya. cuma anda yang menentukan tahap kejayaan anda. aku Mr.A, dan aku tahu kejayaan aku bagaimana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: