bersedia itu tidak penting

seringkali apabila disuruh melakukan sesuatu perkara, ramai yang akan berkata aku belum bersedia. lazimnya apabila disuruh melakukan perkara yang baik lah kan.

contohnya dalam perkahwinan, apaila ditanya kenapa dah jadi remaja purba masih belum kawen? jawapan yang biasa adalah aku belum bersedia walhal segala apa yang dia punya sudah mencukupi untuk bergelar suami mahupun isteri.

memanglah jodoh pertemuan itu di tangan tuhan, tetapi dah engko tak mencari ditambah dengan rasa paranoid mengatakan engkau belum bersedia, tu lah pasalnya engjau membujang sehingga kini. aku cakap orang, aku pun masih bujang.

baik, yang atas tu selingan je. yang aku nak cerita sebenarnya adalah alasan BELUM BERSEDIA sudah tidak lagi releven dan tidak boleh sama sekali diguna pakai.

hal ini kerana, walaupun kita belum bersedia, tetapi kita tempuh juga sesuatu perkara, maka secara automatiknya kita akan biijak mengatasi segala permasalahan yang menimpa.

manusia ini sebaik-baik kejadian di atas muka bumi ini. maka, apabila kita tahu kitalah sebaik-baik kejadian, maka hendaklah kita menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.ingat tu. amanah ni tau untuk jadi ayng terbaik.

manusia mempunyai otak. otak pula mengandungi akal. akan pula mengandungi idea yang lazimnya akan kretif dan kritis apabila otak mendapat isyarat oleh jasad bahawa kita dalam bahaya atau dalam kesukaran.

untuk kita melakukan sesuatu itu, bersedia sebenarnya langsung tidak penting. apa yang penting adalah untuk kita membuat persediaan.

pernah ke kalau kita tanya seseorang yang hendak menduduki peperiksaan, adakah mereka sudah bersedia? saya pasti hampir kesemua pelajar akan menjawab mereka belum bersedia terutama sekali pelajat di institusi pengajian tinggi.

perasan tak, bersedia atau belum untuk menduduki peperiksaan, semua wajib jawab juga kan,. tak kira lah dah bersedia atau belum kan. yang penting hendaklah kita membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.

begitu juga dengan kematian. ada malaikat tanya ehh mat, engkau dah sedia nak mati?. aku nak cabut nyawa kau ni,. sedia atau tidak kita, tetap kita akan merasai mati. apa yang penting adalah bagaimana persediaan kita menghadpi kematian.

ingat!!! persedia itu jauh lebih penting daripada bersedia.

oleh itu, hendaklah kita membuat persediaan menghadapi apa yang bakal kita tempuhi.

usahlah menggunakan alasan aku belum bersedia kerana walaupun anda belum bersedia, otak anda akan memberi isyarat untuk mengeluarkan idea-idea yang anda tidak boleh fikirkan dalam situasi yang biasa.

maka, persiapkanlah diri anda sepanjang masa, dan jangan tunggu anda bersedia baru hendak bermula. fast action, fast result.

orang yang gagal untuk bermula adalah orang yang bermula untuk gagal.

kalam motivasi ini sekadar pembakar semangat untuk aku kamu dia dan mereka terus kekal positif atas apa yang kita lakukan.

tiada lagi alasan ‘AKU BELUM BERSEDIA”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: