PELANGI SENJA

pelangi, ciptaan yang maha esa yang mempunyai nilai yang tinggi tidak kira dari sudut mana ia dilihat. aku sangat suka dengan pelangi. sangat-sangat suka. kalau boleh, tiap masa saat aku mendongak ke langit, aku mahu melihat pelangi. tidak kira dimana dan apa juga mood aku ketika itu.

bagi aku, pelangi ini mempunyai maksud tersendiri dan sudah pasti bukan LGBT yang aku maksudkan. bagi diriku, pelangi ini mempunyai jati diri yang utuh. pengorbanan yang dilakukan oleh pelangi sangat tinggi harganya setimpal dengan usianya yang sedetik cuma. jaranglah kita dapat melihat pelangi dari pagi sampai ke petang. paling lama pun sehingga senja. mustahil kita dapat melihat pelangi ketika malam kan.

pelangi yang berbentuk masam mempunya tujuh warna. ada orang suka warna merah dan benci warna biru, ada orang suka warna kuning dan tidak gemar melihat ungu tetapi saya yakin pasti dan percaya, kebanyakan manusia yang melihat pelangi pasti akan berasa tenang dan akhirnya tersenyum walau sebesar mana masalah yang menimpa dirinya.

sekarang sudah hampir memasuki bulan november. ini maknanya, angin monsun timur laut akan mula bertiup di tanah air kita malaysia. hari ini sahaja sudah dua kali hudan dan panas silih berganti. pun begitu, bayangan pelangi masib belum aku temui. mungkin si jerebu menyorokkan pelangi di sebalik debu-debu halus yang memenuhi ruang udara kita.

aku berharapkan sempat melihat sang pelangi walau hanya seketika di akhir usia. pelangi yang kutemui birlah kekal abadi. sangat pedih apabila mengenangkan nasib diri yang hanya ditemani pelangi yang hanya singgah menjengah dan akhirnya berlalu pergi meninggalkan aku sendiri. aku mahu pelangi itu kekal mendampingi aku di sisi. walau engkau tiada cahaya, tetapi engkau penuh seri membuatkan aku tersenyum sendiri. aku tak perlukan apa-apa darimu wahai pelangi, cukup sekadar menjadi teman di sisi. kekalah abadi di sisi dan mendampingi ku setiap hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: