vape: mendidik bukan menghukum

bismillah, sebelum aku meneruskan tarian jari jemari di atas papan kekunci, ingin aku menyuarakan isi hati bahawa ini merupakan pendapat peribadi yang tidak merujuk pada mana-mana kajian ataupun bahan ilmiah. ini hanya sekadar pendapat perribadi yang korang boleh terima, boleh kritik, boleh tegur, boleh buat apa yang korang suka.

fenomena menghisap, menggunakan vape dan meng’sewaktu’ dengannya sudah menjadi trend terkini yang boleh dilihat di mana-mana sahaja tempat di muka bumi malaysia tanah tercinta ini.

aku belum sempat mengkaji dari mana asal usul vape ini tapi aku mula kenal vape ketika aku bekerja di sebuah cyber cafe di ipoh pada tahun 2012. premis aku menggunakan penghawa dingin so confirmlah akan ada signboard DILARANG MEROKOK.

apabila tidak semena-mena seorang pelanggan mengeluarkan rokok dan menghebuskan asap di dalam premis aku, aku pergi menegur beliau. namun teguranku disambut dengan hilai tawa rakan-rakan merekak katanya itu merupakan rokok elektrik. takkan ada bau lah. tak terbakar pun kedai ko dik.

aku dan rakan sekerja begitu teruja dengan rokok elektrek. ada juga ye benda alah pelik macam ni di dunia. mana entah orang dapat idea nak buat benda kretif saintis macamni. ketika itu, rokok elektrik tak segah vape pada hari ini.

setelah kenal vape, aku mula mengenali shisha. satu tong besar yang ada air, kemudian ada arang kat atas dan satu paip kongsi ramai-ramai. asap dia pulak,,, fuhhh dah boleh mengalahkan asab bas kilang, cuma asap dia warna putih je.

setelah beberapa lama aku kenal shisha, aku ada terbaca fatwa bahawa ada negeri yang menjatuhkan hukum bahawa shisha ini haram seperti haramnya rokok.

bercakap tentang haramnya rokok, aku ada terbaca satu artikal di papan kenyataan masjid bahawa rokok itu haram. bila terbaca di masjid, sudah pasti yang menampalnya juga adalah ajk masjid kan. namun ada satu peristiwa yang sangat mengejutkan aku.

jeng… jeng… jeng…

waktu kakiku melangkah pergi meninggalkan masjid, aku melihat pak iman, tok bilal dan ajk lain sedang duduk di pangkin di hadapan masjid. korang tahu diorang buat apa?

hah… diorang halau nyamok lah. halau nyamok guna rokok. imam, tok bilal siak dan lain-lain yang isap rokok beb. tipulah diorang tak tahu rokok tu haram tapi diorang hisap jugak. aku musykil dan sampai hari ini aku musykil.

hari ini budaya vape mula menular. secara jujurnya, rokok ke, shisha ke, vapor ke semua tu aku tak ngam. tak suka. aku tak suka perbuatan bukan orang. faham betul-betul statement aku tu tau.

aku tak memilih kawan. dengan ustaz aku kawan, dengan selebrioti aku kawan, dengan penjenayah aku berkawan, dengan budak nakal aku berkawan, semua sekali aku berkawan.

dalam menangani isu vape ini, ada segelintir pihak yang mengecam penghisap vape ini macam mereka buat jenayah. memang betul benda ni haram. tapi terangkanlah pada mereka bahawa benda ni haram. bila mereka tanya haram macam mana. cakap je haram macam babi.

bila cakap haram macam babi, dan diorang faham benda ni haram macam babi, confirm lah pelan-pelan diorang setop. ye lah, babi tu kan haram. alangkan dna babi yang tak nampak dalam cadbury pun orang dah tak nak makan cekelat sedap tu. inikan vape yang haram macam babi.

dalam isu mendidik manusia ni, kita tak boleh terlalu bertegas. tetapi bagi aku perlu ada give and take. kalau korang yang acah-acah ustaz ustazah ni nak bertegas tahap dewa, dengan budak-budak nakal, korang percayalah, korang takkan dapat buka hati diorang malah diorang akan rasa korang ni musuh diorang. at the end, diorang akan jauh dengan korang dan diorang akan pelan-pelan meninggalkan ajaran islam.

aku berkawan dengan budak-budak nakal, so aku tahu kenapa diorang ni terlampau degil walaupun dah menghadiri jutaan program keagamaan. korang nak tahu sebab apa? sebab korang yang acah-acah ustaz ustazah ni suka memaksa diorang tinggalkan benda jahat yang dah jadi habbit tu. bila diorang terpaksa tinggalkan benda yang dah jadi kebiasaan dan bersedia nak join tarbiyah, korang sibuk dengan sistem tarbiyah yang tunggu arahan bagai. at the end, diorang akan kembali kepada zaman jahiliyah mereka.

wahhh… aku dah mula beremosi dalam mengupas hal ini. cuma satu pesan aku kepada anda yang nak mencegah budaya songsang ini, tolonglah mendidik mereka dan jangan sesekali menghukum. hal ini kerana, jika anda menghukum, maka mereka akan menghukum anda juga tetapi hukuman mereka merosakkan diri mereka dan sedar atau tidak, anda yang acah-acah ustaz ustazah ini menjadi salah satu titik tolak untuk merosakkan mereka.

mendidik bukan menghukum. anda tu pandai bab agama, tapi jangan anggap orang lain bodoh. mereka itu mungkin bodoh bab agama tapi kalau anda tak pandai mendekati mereka, maka anda lagi bodoh rasanya.

akhir kata, aku belia tolak budaya vape tapi kawan-kawanku penghisap vape. aku tak sokong tindaan mereka tetapi aku cuba merapati mereka. mungkin aku yang biasa dengan bantuan yang maha esa boleh membuka hati mereka untuk membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: