kejayaan itu milik mereka yang berfikiran positif

Assalamualaikum. Apa khabar semua. Semoga anda sentiasa berada dalam rahmat Allah.
Bagaimana hari anda hari ini? adakah indah-indah belaka atau indah khabar dari rupa? Mudah-mudahan anda memperoleh hari yang gembira penuh suka dan ceria.

Suka untuk saya mengajak anda sumua untuk mengucapkan Alhamdulillah, tanda syukur kepada Allah SWT atas izin-Nya, dapat kita sama-sama mengecapi nikmat dunia yang utama iaitu nikmat iman dan Islam. Kedua-dua nikmat ini sangat berharga dan harganya tidak dapat dinilai dengan emas permata.
Menjadi hamba Allah di dunia ini sangat mencabar. Sering kali kita tergelincir untuk melakukan sesuatu yang menyalahi fitrah dan syariat. Bak kata orang, mana yang ditegah itu lah yang hendak kita buat. Mana yang disuruh berat bagi kita laksanakan. Pun begitu, bersyukurlah kerana kita masih diberi ruang untuk bertaubat kerana pintu taubat hanya tertutup apabila ruh mula ditarik malaikat maut.
Sebelum saya meneruskan penulisan, ingin saya berkongsi mengenai satu sikap yang wajar kita jadikan sebagai satu amalan setiap kali menghadapi dugaan dan kesulitan. Percaya atau tidak, sesiapa yang berfikir sesuatu yang positif, pasti akan melakukan sesuatu yang positif dan akhirnya mendapatkan hasil yang positif.
Hal ini telah dibuktikan oleh semua orang yang telah berjaya. Mustahil bagi seseorang untuk berjaya andai mereka tiada pemikiran positif atau percaya pada diri. Satu lagi fakta yang betul-betul kukuh untuk menyokong pendapat saya ini adalah halangan besar untuk berjaya adalah diri sendiri.
Diri sendiri merupakan halangan yang paling besar untuk berjaya. Jika diri kita katakana ya, maka insyaallah, dengan izin Allah, kita akan berjaya. Begitu juga sebaliknya.
Oleh itu, mulai hari ini, detik ini dan di sini, ayuh kita mulakan sesuatu yang positif. Percaya pada diri dan lakukan perkara yang positif. Kita adalah apa yang kita fikirkan dan kita adalah apa yang kita lakukan.

Leave a comment