keluarga bergaduh, aku berpeluh

Bagaimana nak satukan keluarga yang sering bertelingkah???

Merujuk pada soalan tersebut, satu komen saya, kita nak membina rumah tangga tak semudah kita membina rumah yang bertangga.

Kita nak mengubah sikap manusia tak semudah kita renovate rumah yang kita dah bina.

Banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan dan pengorbanan paling utama adalah dengan kesabaran serta memberikan sepenuh pengharapan kepada tuhan setelah apa yang kita usahakan.

Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut berusaha untuk mengubah nasib mereka.

Allah pun cakap direct yang Dia tak boleh ubah manusia kalau manusia tu tak nak berubah jadi kita sebagai manusiapun sebenarnya tak boleh ubah orang lain.

Pun begitu, kita boleh berusaha untuk membantu mereka yang kadang kala ego dengan apa yang mereka lakukan.

Apabila melibatkan pepecahan dalam keluarga, kita yang mahukan mereka ini bersatu pasti akan menghadapi tekanan perasaan.

Satu pesan saya, hendaklah kita menunjukkan qudwah ataupun menjadi contoh yang boleh diteladani oleh mereka.

Berusahalah menjadi pendamai atau paling tidak kita yang sedar ini perlu berbaik-baik diantara dua pihak yang bertelagah.

Dan yang paling utama, serahkan segala apa yang kita lakukan kepada Dia yang maha esa. Insyaallah Allah akan memberi hambanya keputusan berdasarkan usaha yang kita lakukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: