Keputusan UPSR pada 17 November 2015

secara jujurnya, dah lama aku tidak mengambil tahu tentang bila keputusan UPSR akan diumumkan sejak aku mendapat keputusan UPSR pada tahun 2006. tetapi, pada tahun ini, aku sangat berdebar-debar untuk mengetahui keputusan mereka.

hal ini kerana, pada tahun ini, buat julung kalinya aku telah kembali mencurah bakti di tempat yang penuh memori. Sekolah Kebangsaan Tambak Paya. di sini dahulu aku pernah belajar dan alhamdulillah aku mendapat keputusan cemerlang di sini.dan kini aku kembali mencurah bakti walau bagiku hanya secebis.

pulang ke sekolah dengan membawa gelaran perunding motivasi agak membebankan aku. apatah lagi kehadiranku adalah rentetan daripada program pecutan terakhir menghadapi peperiksaan. aku ke sana seminggu sebelum UPSR bermula. dan aku tahu tanggungjawabku amatlah besar.

sepanjang mengendalikan ceramah motivasi dengan bantuan dua orang rakan sekelas waktu sekolah rendah, aku hanya mampu mengubah pemikiran mereka untuk sentiasa berfikiran positif. aku brain wash otak diorang supaya yakin yang diorang mampu mendapat keputusan cemerlang walaupun percubaan mereka semua gagal.

berpuluh-puluh kali aku ulang, apa yang kita fikir, apa yang cakap, apa yang kita buat, semuanya adalah doa. dan aku juga ulang bahawa orang yang berfikiran positif akan melakukan perkara positif dan mereka akan mendapat keputusan yang positif. aku ulang, ulang dan terus ulang. aku berharap dalam empat jam ceramah aku, mereka dapat part ni pun dah cukup bagiku.

di akhir ceramah aku, aku telah berjanji bahawa semua pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang, akan aku hadiahkan mereka dengan wang tunai sebanyak RM50 sebagai motivasi dan tonik terbaik dalam mereka menghadapi keputusan yang cemerlang.

aku berdebar menanti keputusan mereka. hal ini kerana, mereka sangat penting bagi menentukan kpi kemenjadian ceramah motivasi aku. jika keputusan mereka cemerlang, aku sangat berbesar hati untuk kembali lagi pada tahun 2016 untuk mengendalikan ceramah motivasi. jika sebaliknya, aku berasa sangat serba salah dengan pentadbiran sekolah.

kepada adik-adik yang sedang berdupdap dupdap menantikan keputusan yang cemerlang, di sini abang ingin menasihatkan beberapa perkara dalam detik-detik terakhir sebelum menerima keputusan.

sebelum: sentiasa berdoa. bukan sekadar doa nak dapat keputusan cemerlang tau. korang kena doa supaya korang dapat terima keputusan dengan hati yang tenang dan doa juga supaya keputusan yang korang dapat tu adalah keputusan yang terbaik untuk korang.

semasa: bila nak terima keputusan tu, jantung korang mesti lagi laju dari putaran tayar kereta formula one kan. so, abang nasihatkan supaya korang banyakkan berzikir dan senyumlah walaupun senyum korang tu senyum kambing. senyum ni dapat menenangkan hati korang selepas zikir. percaya cakap abang.

selepas: of koz lah lepas dapat keputusan, korang kena cakap terima kasih kat mak ayah korang. jangan lupa ucapkan terima kasih juga pada cikgu korang ye. yang paling penting, ucapkan alhamdulillah. benda yang korang kena elakkan bila dah dapat keputusan adalah korang tanya kawan korang, ehh engko dapat berapa A. kalau kawan korang tu keputusan dia gempak, alhamdulillah. kalau baru korang tanya, diorang dah melalak,kan ke susah. tak pasal-pasal putus kawan.

tapi kan, apa pun keputusan yang korang dapat, korang kena bersyukur sebab tu yang terbaik untuk korang. allah dan tetapkan, takkan tak baik kan,. allah kan maha pemurah, so dia akan bagi setimpal dengan usaha kita lah. yang paling penting abang nak nasihat kat sini, korang kena keep on positive mood. ingat, orang yang berfikiran positif akan melakuan perkara positif dan insyaallah akan mendapat keputusan yang positif. kita adalah apa yang kita fikirkan dan kita adalah apa yang kita lakukan. dan kita adalah kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: