Vape: The First Impression Menentukan Segalanya

Don’t judge a book by its cover tapi the first impression menentukan segalanya…

Dah lama aku create quote diatas dan dah banyak kali disampaikan dalam ceramah terutama sekali ceramah bicara smart.

Dalam isu vape yang hangat hari ini, masyarakat lebih awal diwar-war kan mengenai kebaikan vape sebagai alternatif bagi menggantikan rokok.

Masyarakat juga telah di brain wash bahawa bahaya vape tidak seteruk rokok.

Selain itu, vape juga boleh dikatakan lebih jimat berbanding rokok dan pengguna vape mendakwa bahawa vape ini boleh mengurangkan ketagihan rokok.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Aku ada terbaca status sahabat menulis vape mula dicipta pada tahun 1960 dan ketika itu tiada sambutan.

Sudah tahu vape telah dicipta, kenapa tiada seorang pun yang mahu mengkaji tentang keburukan vape? Kenapa dah terhantuk baru hendak tergadah?

Vape telah mula diterima masyarakat. Bukan sahaja orang dewasa, ia juga telah menjadi tabiat segelintir kanak-kanak.

Dulu zaman aku pergi sekolah, aku bawa bekal. Botol air sin chan dengan bekas nasi ultraman. Jangan terkejut kalau buka sekolah jan nanti, budak sekolah bawa bekal vape dalam kelas.

Bagi aku, kita sudah terlambat untuk mencegah penerimaan masyarakat terhadap vape. First impression positif masyarakat terhadap vape menjadi titik tolak untuk penularan vape bagai cendawan tumbuh seleoas hujan.

Kerajaan juga gagal memainkan peranan untuk menangani isu ini. Sedih untuk aku perkatakan bahawa wakil rakyat yang ada sebenarnya gagal mewakili rakyat dalam perkara-perkara yang bermanfaat.

Sebagai seorang individu muslim, wajib keatas kita untuk mencegah diri daripada melakukan perkara-perkara yang haram.

Pun begitu, dalam isu vape di Malaysia, kita perlu sepakat untuk merawat ‘penyakit’ yang baru berputik ini.

Benar, sudah terlambat untuk mencegah kerana vape merebak bak barah tetapi bagi aku, masih belum terlambat untuk merawat selagi ruh di dalam jasad.

Manusia itu lahir dalam keadaan suci, maka kembalilah kita kepada illahi juga dalam keadaan suci.

2 responses to this post.

  1. Posted by gadis dara gersang on 10/11/2015 at 20:50

    tapi bukan kau yang ‘cipta quote tu’. dah lama dah ada.

    Reply

    • Don’t judge a book by its cover tapi the first impression menentukan segalanya.. baca quote ni sampai habis ye… part don’t judge a book by its cover memang dah lama ada, tetapi nak bagi cantik dalam penyampaian saya, saya tamban “tetapi the first impression menentukan segalanya”…🙂

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: