Ehh… Takkan tu pun tak tahu

ilmu Allah itu luas. seluas lautan. kalau hendak dibandingkan ilmu Allah dengan ilmu kita manusia ini, bagai bumi dengan angkasa lepas yang tiada penghujung.  ilmu Allah itu sangat luas. dan jika kita mencelupkan tangan kita ke dalam lautan, yang terlekat di jari kita itulah merupakan ilmu kita. sedikitkan.

walaupun kita  tahu yang ilmu manusia ini terbatas, ramai antara kita sombong dan takbur ababila mereka menguasai sebahagian bidang ilmu.dan dan mesti korang pernah kan, bila nampak orang lain tak tahu sesuatu, korang pandang lekeh mamat tu. kononnya korang yang paling bagus di atas muka bumi ni.

kalau korang tak pernah rasa macam tu, tak pe  lah. mungkin aku sorang je kot. korang baik aku kan jahat. haha. bukan jahat, tetapi nakal.

sebenarnya, kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku solat di sebuah ipt yang berlatar belakangkan Islam. graduan di universiti tersebut sangat disegani. senang cerita, graduan ni tak sempat balik rumah dah ada kerja yang menanti mereka. superb duperb beb…

aku segan sebenarnya nak masuk ke tempat begitu. maklumlah, aku nak nakal. bila masuk tempat baik ni, aku rasa panas. panas sebab tak boleh nak nakal sangat. nakal sikit tak menagapa.

tiba waktu solat, ramai mamat arab memenuhi ruang surau. orang melayu pun bolehlah. tapi macam biasa lah, geng-geng surau ni muka lebih kurang sama. yang set-set muka nakal amcam aku ni jarang lah ada kat surau. tapi kan, aku sentiasa doakan aku kamu dia dan mereka terbuka hati untuk memenuhkan ruang surau tiap kali solat. korang yang alim tu jangan pandang kami ni macam orang dari plenet pluto ye. kami juga manusia seperti anda.

baik, back to the topic, setelah 2-3 minit aku menunggu, seorang mamat arab bangun menuju ke mic. dah dia pun Iqamat untuk mengajak jemaah solat. baru dia sebut Allahu akbar Allahu akbar, jemaah dah mula bangun dan memenuhkan saf. tapikan, ada sesuatu perkara yang membuatkan aku terkejut. kalau nak tahu, korang bacalah. hahahah

tengah-tengah iqamat, mamat ni diam. nak tahu diam macam mana, haaa dia diam macam imam terlupa ayat dalam surah yang dia baca. adalah dalam 10 saat krik krik, sampailah sorang jemaah ni bisik dengan kuat ayat iqamat seterusnya. dan hero belakang ni terus berbisik untuk mamat tadi menghabiskan iqamatnya.

usai iqamat, mamat tadi masuk kedalam saf untuk menjadi jemaah. kemudian dia berkata kepada kawan sebelahnya bahawa dia dah lupa macam-mana nak iqamat sebab dah lama tak iqamat. aku duduk belakang beliau dan jelaslah suaranya mengeluh. jemaah lain ada yang senyum dan tidak kurang yang tergelak kecil.

pada awalnya, aku berbisik pada diriku, ehh mamat ni. takkan tu pun tak tahu. nanti dah kawen ada anak, tergelak nurse bila engko takbir raya kat telinga anak engko. dushhh… benda simple bro.

namun begitu, kegagalan beliau iqamat menyebabkan aku bermuhasabah seketika. adakah dia perlu dipersalahkan atau mungkin kesalahan perlu diletakkan di bahu orang lain. baiklah, aku tak mahu mencari kesalahan, tetapi biar aku menyenaraikan beberapa kemungkinan kenapa benda macamtu boleh jadi.

pertama: mungkin beliau dibesarkan dalam keluarga yang tidak menekankan didikan agama. tetapi keberanian beliau untuk iqamat harus dipuji. bagi aku, belum terlam untuk belajar. dan aku segan dengan beliau yang datang solat berjemaah sedangkan aku yang tahu banyak benda ni kadang-kadang terbabas jemaah.

kedua: mungkin beliau takut untuk mendekati ustaz-ustaz serta korang yang alim-alim ni. ye lah, rambut sama hitam, pengetahuan lain-lain. dia takut nak dekat dengan korang yang acah-acah ahli syurga ni sebab kebanyakkan antara kita abaikan orang-orang yang datang mencari ilmu ni. kita banyak pandang rendah mereka ni. tak kurang yang menjadikan mereka ini sasaran untuk menjadi bahan aib dan sebaaginya. ustaz ustazah yang baca ni boleh muhasabah ye. takut kat mahsyar nanti orang yang macam ni yang tarik ustaz ustazah keluar dari syurga.

ketiga: oke ni paling baik aku boleh sangka. dia neves. jantung laju tahap dewa. dah sekian.

pengajarannya, kita mungkin tahu apa yang orang tak tahu. tapi orang akan tahu bannyak benda yang kita tak tahu. bagi aku, semakin banyak yang aku tahu, sebenarnya banyak lagi yang aku tak tahu. dalam hidup ni kita kena berkongsi ilmu. tiada orang dilahirkan dengan  bodoh tetapi semua dilahirkan dengan tidak tahu. maka bantu membantulah dalam menyebarkan ilmu.

di luar sana mungkin ramai yang tak tahu aku banyak menulis artikal sebagai motivasi kepada diri aku. dalam pada itu, tak salah rasanya untuk aku berkongsi dan aku telah meluangkan masa dan tenaga aku untuk berkongsi di sini. oleh itu, apa salahnya kalau anda yang dah baca mana-mana artika di dalam blog ini untuk menyebarkan kepada semua agar lebih ramai menerima manfaatnya. so.. share lah!!! kbye..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: