vape: di sini kesedaran bermula

walaupun mata masyarakat hari ini sudah beralih arah kepada keganasan di kotaraya Paris, isu penggunaan vape di malaysia masih belum sejuk. seorang demi seorang individu yang berpengaruh tampil memberi kenyataan dan pendapat mengenai penggunaan vape ini.

pada awal isu ini dibangkitkan, ramai yang bodoh sombong memenangkan pengguna dan penjual vape termasuklah segelintir menteri yang gagal mewakili rakyat dalam menangani masalah ini. terdapat beberapa kenyataan menteri yang secara lansung menunjukkan mereka ini tidak sayang masyarakat tetapi lebih sayangkan posisi mereka sebagai menteri. menteri sebegini adalah menteri yang penakut dan gagal sebagai seorang pemimpin.

kebelakangan ini, individu berpengaruh mula berani untuk menyuarakan pendapat mereka tentang bahaya vape. alhamdulillah, ada juga individu yang sayangkan belia negara tampil memberi kenyataan. akhirnya ramai yang sedar bahawa vape ini sebenarnya sangat berbahaya.

satu perkara yang positif dalam kehangatan isu vape ini adalah, kita dapat lihat bahawa masyarakat hari ini sebenarnya sangat bijak terutama mengenai hukum. mereka tahu mereka buat salah dan mereka mahu orang yang bersalah semua dihukum. tiada pilih kasih dan tiada kompromi.

ramai yang mempersoalkan kenapa ramai yang bersungguh-sungguh mahukan vape ini diharamkan sedangkan rokok berleluasa di luar sana. pengguna vape mahu rokok juga diharamkan kerana bahana rokok dan vape tiada bezanya. baguskan masyarakat sedar dan menawarkan supaya diharamkan kedua-dua produk racun ini.

selain itu, mengenai kedai vape yang dipelopori oleh peniaga melayu, mereka telah mengeluarkan banyak modal untuk memulakan perniagaan ini. mereka seperti cacing kepanasan dan mendesak supaya kerajaan tidak mengharamkan vape. jika mahu haramkan penjualan vape, haramkan juga kedai arak. sekali lagi orang yang bersalah bertindak kurang bijak menawarkan rakan yang bersalah untuk sama-sama diambil tindakan.

mereka yang bersalah ini sudah sedar bahawa mereka ini bersalah. selain itu, mereka juga telah berusaha untuk mencegah orang lain supaya terlibat dengan benda-benda haram. mungkin itu usaha dakwah mereka dengan mengadukan kesalahan orang lain supaya sama-sama diambil tindakan seterusnya sama-sama boleh muhasabah dan tingkatkan iman.

persoalannya kini, adakah kerajaan mahu terus memejam mata dan memekakkan telinga dengan budaya songsang yang berlaku disekeliling kita? adakan pemimpin yang mempunyai kuasa bacol dan takut hilang sokongan didunia dan anda telah membeli dunia dengan menggadaikan akhirat anda yang kekal selama-lamanya? selagi mana tindakan belum diambil, selagi itu saya percaya anda yang mempunyai kuasa ini tidak akan tenang kerana si pendosa walaupun kelihatan bahagia dengan harta dan takhta, hakikatnya kosong di dalam jiwa.

menjadi tanggungjawab kepada kita yang sudah dan dan baru sedar untuk menyedarkan orang lain bahawa vape, rokok, arak, dadah dan sebagainya semua haram dan jelas haram. jangan kita menggadaikan syurga untuk mebahagiaan kehidupan di dunia. semoga suatu hari nanti, Allah membuka pintu hati kita untuk sedar dan jelas dengan apa yang halal dan apa yang haram.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: