kan best kalau passing usrah macam passing bola

dari pagi tadi aku dah dapat idea nak tulis artikal tarbiyah ni tapi dah nak senja baru dapat kekuatan untuk aku terus coretkan. ini pun tak tahu bila nak siap. ye lah, nak tulis artikal yang menyentuh dakwah dan tarbiyah ni kena berhati-hati. silap ayat, mati aku kena pancung.

kali ni aku nak cerita pengalaman aku sepanjang kenal dan mendalami satu organisasi yang menawarkan pakej dakwah dan tarbiyah. tak perlu kot aku sebut jemaah mana supaya semua ahli jemaah lain boleh baca dan boleh terima pandangan aku ni. tak nak lah melahirkan satu puak yang taksub dengan jemaah sampai tak nak mengaku salah. islam ni satu je. jemaah lain-lain pun syahadah tetap sama.

dalam organisasi kami ini, sekali korang isi borang, keahliah seumur hidup beb. tak kisah mana ceruk korang lari, kalau kawasan tu ada jemaah ni, insyaallah korang akan dicari. jangan terkejut kalau terima tetegram dari orang yang korang tak kenal, tetiba mengaku ahli jemaah yang sama dan ajak korang ikut program.

sebenarnya, once kalau korang dah daftar dalam jemaah ni, nama korang akan masuk dalam sistem nasional. melalui sistem tersebut, nama korang akan ditransfer ke kawasan lain kalau korang berpindah kawasan. ye lah, korang daftar tyme student. takkan rumah kat kedah, daftar ahli tyme belajar kat johor, bila habis belajar nak mai johor sebab nak usrah kan. tak logik. so that nama korang akan dipassing kat kedah lah atau kat tempat korang kerja nanti.

bila nama korang dah dipassing ke kawasan baharu, korang akan difollowup dengan geng baru. mungkin korang kenal dan mungkin tidak. yang penting korang mesti difollowup dan korang perlu terus beraktivisma dengan jemaah tersebut. macam seram kan. hidup anda dibayangi. sebenarnya seronok dan ini yang aku cari selama ini. hidup dengan golongan yang baik, lama-lama korang akan jadi baik. percayalah.

panjang pulak pendahuluan aku. kalau dengan cikgu bm aku, menti dah kena berdiri atas meja lah. intro sahaja dah 5 page. haha

baik, aku masuk pada isi berdasarkan tajuk. kan best kalau passing usrah ni macam passing bola sepak. jap jap. ni nak menunjukkan passing usrah ni mudah ke susah? lantak korang lah nak rasa ni mudah atau susah. aku share je. baca k.

aku ambil contoh bola sepak sebab ni permainan yang mudah. kaki bangku cap gajah duduk pun boleh tahu lah nam main bola macam mana. dan satu lagi, permainan ini adalah antara permainan yang perlukan kerja sama yang tinggi dan paling utama, pemain perlu passing bola yang korang dapat sampailah ada peluang nak jaringkan gol. jaranglah orang main solo dari kotak penalti sendiri sampai gol lawan sepanjang 90 minit beraksi.

dalam bola sepak ni, bila pengadil tiup wisel je, pemain perlu passing bola pada kawan. kemuadian kawan akan passing kat kawan lain, passing, passing, dan terus passing. ketika proses passing awal-awal ni, bola tu akan kenal dengan kebanyakkan kaki pemain geng kita. dalam proses kenal ni, kalau geng yang tak berhati-hati, bola tu akan terlepas. paling bahaya bila bola terlepas tu dicuri. itu boleh menjadi punca kekalahan.

perasan tak, bila pemain dah passing bola kat kawan dia, apa yang mereka buat? mereka akan support balik kawan yang dapat bola tu. kalau kawan yang dapat bola tu tak boleh bawa, dia akan passing semua pada pemain pertama. kalau tak boleh juga, mereka akan passing pada kawan mereka di belakang. tapi yang paling penting sebenarnya, lepas passing tu, tak boleh tinggal dan ignore bola tersebut.kena support kawan dan follow up.

tujuan utama bermain bola sepak adalah untuk mendapatkan seberapa banyak jaringan untuk memperoleh kemenangan. jarang lah orang main bola sebab nak kalah. lagi pelik bila orang cakap biar kalah asalkan kalah itu adalah kekalahan yang bermaruah. eh encik, mintak maaf ye. dah kalah tu kalah jugak. tak  payah nak bermaruah sangat lah. tak de nye lawan nak bagi 0.5 mata dari 3 mata maksimum sebab korang kalah bermaruah. mana mungkin korang nak beli kemenangan dengan kekalahan.

baik, kita back to the topik. nak menjaringkan gol adalah sasaran utama. kan aku dah cakap bola sepak ni permainan yang perlukan kerjasama. kalau kita ada peluang nak jaringkan gol, tetapi kawan kita peluangnya lagi cantik, apa salahnya kita passing kat kawan kita kan. sebab kawan kita tu lagi berpotensi nak jaringkan gol. hanya kawan yang makan kawan je dapat bola depan gol sengaja lepaskan tak nak bagi gol. sengaja tau bukan suka-suka. kalau dan takdirnya terlepas, takkan aku nak salahkan qada dan qadar. apa yang penting di sini adalah, sasaran utama bermain bola sepak adalah nak mendapatkan gol.

bila bola dah masuk gol, bermakna dah perfect lah satu gerakan tu. dan bila kawan dah jaringkan gol, adakah kita biar di bersorak sorang-sorang? tak kan. kita akan raikan kejayaan tu bersama. kan bola sepak ni perlukan team work, bila dah menang tu, menang sama-sama. dah jaringkan gol tu, kadang-kadang keeper pun naik nak peluk striker tadi. walaupun jauh, berlari juga berikan sokongan moral pada penjaring.

kan best kalau jadi macam bola dan passing usrah ni macam passing bola. mula-mula dalam jemaah, kasi kenal kebanyakkan kaki dalam jemaah. bila passing usrah, naqib lama tak lepas tangan, tapi support naqib baru. kalau naqib baru tak mampu bawak sampai maju, tak salah passing kat naqib lama. kalau tak boleh juga, passing lagi ke belakang sampai keeper. yang penting lepas passing support. jangan sampai terlepas bola dan jangan sampai dicuri. gunakan bola itu untuk mencapai sasaran jemaah. passing-passing dan terus passing sampai masuk dalam gol. jangan dipersiakan bola itu. kalau iklan boleh lah biarkan ia bergolek, tapi dalam jemaah, setiap individu itu ada potensi. dan yang paling penting, kalau dah berjaya, raikan bersama.

aku share semula post aku di facebook.

tangan akan kurang fungsi tanpa jari

badan tak dapat pergi jauh tanpa kaki

jantung takkan dapat menyalur darah tanpa arteri

dalam kehidupan berorganisasi

setiap kita adalah penyeri

semua orang ada tugas tersendiri

perbezaan pendapat perlu dirai

potensi ahli perlu dikenal pasti

fahamilah sesama kita

ada yang hebat berkata

ada yang bijak merencana

ada yang mantap bekerja

dan ada yang senyap seribu bahasa

namun jika diadun ini semua

organisasi itu pasti akan berjaya

dengan izin yang maha esa

jangan paksa jika seseorang itu tak mampu

kerana kalau dia tak mampu menjadi peluru

cukuplah sekadar menjadi picu

itu lebih baik dari kosong tanpa satu

 

akhir kata, apa yang aku nukilkan kali  ini, ikhlas dari dalam hati. menulis ketika basah itu payah kerana khuatir ada yang melemah. pendapat kita mungkin berbeza, yang kupinta rendahkan ego terimaku seadanya. mungkin aku bukan penyeri tetapi aku bukan untuk dicaci. mungkin aku tidak sehebat tetapi minatku jangan disekat. manusia ini perlu sentiasa muhasabah. oleh itu segala pesan jangan diambil mudah. semoga ketemu di jannah.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: