dah sebulan dah

sebenarnya dah sebulan lebih dah aku tak menulis di sini. bukan malas, tetapi kekangan yang ada membuatkn hajatku tergendala.

idea mencurah-curah banyak tetapi kali ini, aku masih keliru tajuk mana yang perlu aku utamakan. lantas aku mengambil keputusan untuk hanya menulis sesuatu yang ringan dan santai sekadar berkongsi kegembiraan.

minatku untuk menulis sebelum ini banyak tersekat dek kekurangan peralatan. laptopku sebelum ini bagai hidup segan mati tak mahu. wifi pula, err… tak mahu komen panjang. pengguna magic sim je thu bagai mana siksa menanti detik jam 1 pagi dan biasanya waktu itu kalau bisa aku menunggu, kepalaku mula buntu. jariku beku mustahil untuk aku mencoretkan sesuatu yang bermutu.

kini, aku punyai laptop yang baharu. terima kasih mama yang sanggup mengeluarkan duit simpanan untuk membelikan laptop ini sebagai hadiah. dah lama sebenarnya angah nak laptop ni tapi apakan daya, segan dehh nak minta.

selepas memliki laptop, kebanyakan manusia yang normal pasti akan berasa gembira kan. tetapi aku rasa aku ni kurang normal. kegembiraanku diselubungi rasa serba salah.

memanglah aku tak buat salah dan tak perlu rasa bersalah. aku tak curi pun laptop ni. aku beli dengan duit yang mama bagi. tu sebenarnya buat aku rasa serba salah.

mama bagi aku duit beli laptop, mama makan apa ea kat rumah? takkan makan telur masak kicap hari-hari.

mama bagi duit ni sewa rumah dah bayar ke? duit api air???

yang buat aku paling rasa serba salah adalah bila mama cakap mama habiskan duit simpanan dan terpaksa tangguhkan niat untuk membeli Njoi. kesian adik-adik aku kat rumah kan. hari-hari tengok tv sauran sama je.

laptop baru, azam baru dan azam itu biar aku sorang yang tahu. mudah-mudahan dengan kemudahan ini membuatkan aku lebih maju.

akhir kalam, terima kasih mama dan sayang mama sangat-sangat. muhhhh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: