Aku Mahu Menulis

hati memberontak mahu menulis tapi kemalasan menyekat segalanya. idea mencurah-curah tapi sayang dibiar mengalir tanpa sebarang catatan. buah fikiran yang ada kalanya ibarat permata sering dibiar begitu sahaja. sia-sia tanpa usaha.

kejayaan hanya akan digapai jika kita mula untuk menarik kejayaan. ya menarik kejayaan bukan mengejar. nak tahu sebab apa? sebab kalau kita kejar kejayaan, maka kejayaan itu akan lari dari kita. manakala jika kita tarik kejayaan, maka kejayaan itu akan datang dekat dengan kita sedikit demi sedikit.

untuk menarik kejayaan ini tidaklah sesukar mana. dah ramai orang yang berjaya di luar sana yang kita boleh jadikan sebagai sumber inspirasi. hidup seperti mana mereka hidup.tiru dan contohi mereka. namun perlu diingat, nak ikut cara mereka bukan ikut ketika mana mereka sudah berjaya, tetapi perlu ditiru bagaimana saat mereka mula membina empayar. tiru dari mula. apa yang penting adalah kita tajdid niat agar tidak lari dari perintah yang maha esa.

aku mahu menulis. tilis apa yang aku mampu untuk bantu mereka yang kurang mampu. kongsi apa yang aku ada untuk bina kejayaan bersama. apa guna ilmu andai disimpan penuh debu. lebih baik disebarkan menjadi pahala berterusan. moga diberi kekuatan untuk terus menyampaikan. aku mahu menulis.

 

syaiful azmi
bukit mahkota

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: